Back to top

The Reformation Herald Online Edition

PERGI KE SELURUH DUNIA

Sabat, 6 Disember 2025
DI TEPI PERAPIAN
MIGUEL MENDOZA — AUSTRALIA
Pengenalan

“Rumah kita harus dijadikan Rumah Tuhan (Betel), hati kita sebagai tempat kudus. Di mana sahaja kasih Tuhan terpelihara dalam jiwa, akan ada kedamaian, akan ada terang dan sukacita. Yesus rindu melihat perkahwinan yang bahagia, perapian yang bahagia.”1

Pada tahun 1800-an, dalam konteks Amerika, perapian adalah ciri utama kehidupan rumahtangga, terutamanya dalam era sebelum ada pemanas atau elektrik moden. Di situlah tempat keluarga berkumpul untuk kemesraan, terang, dan kedekatan. Sister White menggunakan ungkapan "di tepi perapian" untuk menekankan penglibatan peribadi, perhubungan dan rohani dalam suasana yang terus dikenali oleh para pendengarnya sebagai rapat dan bermakna. Jadi, baginya, kita boleh katakan, "di tepi perapian" bukan hanya lokasi fizikal; tetapi simbol kedekatan, kepercayaan, dan peluang untuk pengaruh untuk mengarahkan mereka dalam rumah tangga untuk hidup sesuai dengan terang yang Tuhan telah berikan kepada umat-Nya dan berkongsi dengan semua orang di dunia. Sekarang, dengan mengingati perkara ini, marilah kita mempertimbangkan topik kita untuk hari ini dan belajar daripada berbagai pelajaran yang dapat kita peroleh daripada firman Tuhan dan pena Inspirasi.

Pada Zaman Kanak-Kanak

Semasa saya kecil, walaupun kota kelahiran saya sejuk hampir sepanjang tahun, kami tidak mempunyai perapian. Tetapi saya masih ingat bahawa rumah kami adalah tempat kami berkumpul bersama seolah-olah kami berada "di tepi perapian" Ketika mengadakan kebaktian dan acara-acara lain dan meluangkan masa untuk memuji Tuhan dan mempelajari firman-Nya. Ibu mengongsikan kami Pelajaran-pelajaran terpenting dalam kehidupan yang masih saya ingat dengan penuh kasih. Dia akan mengikuti petunjuk yang terdapat dalam Amsal 22:6, “Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.” Saya dapat melihat dengan jelas melalui pengalaman peribadi saya bahawa pelajaran itu sangat penting dalam membantu saya membuat keputusan yang akan menentukan adakah saya akan mengikut Tuhan atau tidak. Saya bersyukur kepada Tuhan atas Firman-Nya dan janji-janji yang terdapat di dalamnya.

“Pada masa kanak-kanak dan remaja, tabiat itu paling mudah dipengaruhi. Kuasa pengendalian diri harus diperolehi. Di tepi perapian dan di dalam keluarga, pengaruh-pengaruh diberikan yang hasilnya kekal seperti kekekalan. Lebih daripada anugerah semula jadi apa pun, tabiat yang terbentuk pada tahun-tahun awal menentukan apakah seseorang itu akan menang atau kalah dalam pertempuran hidup.”2

Abraham dan Sarah

Kita mendengar tentang Abraham, imannya, kelemahannya tetapi juga tentang pekerjaan yang dia lakukan dengan orang-orang di rumahnya—dan itu termasuk orang-orang yang bekerja baginya, hamba-hambanya. Dia menerima janji daripada Tuhan: “Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau, dan olehmu semua kaum di bumi akan mendapat berkat” (Kejadian 12:3). Mengapa semua keluarga di bumi akan diberkati dalam dia? Kerana melalui hubungan-Nya dengan Kristus, dia memberikan teladan dalam menuruti suara Tuhan, seperti yang kita baca dalam Kejadian 26:5, “kerana Abraham telah mendengarkan firman-Ku dan memelihara kewajibannya kepada-Ku, iaitu segala perintah, ketetapan dan hukum-Ku.” Bukan itu sahaja, tetapi dia akan mengajar dan mengarahkan keluarganya di jalan Tuhan yang bersaksi, “Sebab Aku telah memilih Dia, supaya diperintahkannya kepada anak-anaknya dan kepada keturunannya supaya tetap hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN, dengan melakukan kebenaran dan keadilan, dan supaya TUHAN memenuhi kepada Abraham apa yang dijanjikan-Nya kepadanya” (Kejadian 18:19). Bagaimanapun, dia tidak sendirian dalam pekerjaan ini. Sarah, isterinya, ada bersamanya dan mereka berdua melakukan pekerjaan yang sangat baik "di tepi perapian" kerana mereka dengan cermat mengajar semua orang di rumah mereka ketika mereka dalam perjalanan ke tanah perjanjian. "Di antara mereka banyak yang dipimpin oleh pertimbangan yang lebih tinggi daripada pelayanan dan kepentingan diri. Ketika mereka tinggal di Haran, Abraham dan Sarah telah memimpin orang lain untuk menyembah dan melayani Allah yang benar. Mereka menyatukan diri dengan bapa leluhur mereka, menemaninya ke tanah perjanjian.”3 Dari pengalaman Abraham dan Sarah dalam bekerjasama demi kerajaan Allah, jelas terbukti bahawa bapa dan ibu memainkan peranan penting dalam mendidik keluarga mereka mengikut jalan Tuhan.

Ibu bapa dan Keluarga

Dalam pelayanan saya, dalam berbagai kesempatan, ketika melawat keluarga-keluarga, saya telah mengambil bahagian dalam kebaktian bersama mereka “di tepi perapian. Sungguh indah mengamati ketekunan dan usaha yang dilakukan ibu bapa untuk menikmati masa penting ini sebagai satu keluarga. Adalah menjadi berkat untuk berdoa, memuji, dan membaca bersama-sama, menyisihkan waktu khusus untuk berkumpul menyembah Tuhan kita dan berbincang secara mendalam tentang hal-hal rohani. Dengan demikian, mereka menunaikan kewajiban mereka untuk mengibarkan panji Emmanuel yang berlumuran darah melawan panah musuh. Penting diingat bahawa keluarga adalah ladang misionari yang terbaik.

“Ibu bapa harus menceritakan kepada anak-anak kecil mereka tentang Yesus, dan tentang rencana keselamatan. Mereka harus menanamkan pelajaran berharga tentang kehidupan dan sifat Kristus ke dalam fikiran anak-anak mereka supaya mereka dapat menjadi pengikut Kristus dan pewaris kehidupan kekal. Banyak orang membicarakan tentang pekerjaan misionari asing, tetapi kewajiban dirumah diabaikan. Ladang misi terbesar ada di tepi perapian kamu, dan keperluan terbesar ialah keperluan para ibu dan bapa di Israel. Ketika ibu bapa mula menyedari tanggungjawab besar yang mereka pikul, mereka akan menjalankan pekerjaan misionari di rumah ini, dan mendidik anak-anak mereka ke syurga. Mereka akan memberi anak-anak kecil mereka baris demi baris, dan ajaran demi ajaran.”4 "Pekerjaan kita bagi Kristus harus bermula dengan keluarga di rumah. Pendidikan kaum muda hendaklah berbeza daripada yang telah diberikan pada masa lalu. Kebajikan mereka menuntut kerja keras yang jauh lebih besar daripada yang telah diberikan kepada mereka. Tidak ada ladang misi yang lebih penting daripada ini. Melalui ajaran dan teladan, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka bekerja bagi mereka yang belum bertobat. Anak-anak haruslah dididik sedemikian rupa sehingga mereka bersimpati kepada yang lanjut usia dan mereka yang menderita, berusaha meringankan penderitaan orang-orang miskin dan tertindas. Anak-anak hendaklah diajar untuk bertekun dalam pekerjaan penginjilan; dan sejak dari awal, penyangkalan diri dan pengorbanan demi kebaikan orang lain dan kemajuan pekerjaan Kristus harus ditanamkan dalam diri mereka, agar mereka dapat menjadi pekerja bersama Tuhan.

“Tetapi jika mereka pernah belajar untuk melakukan pekerjaan misionari sejati bagi orang lain, mereka harus terlebih dahulu belajar bekerja bagi mereka yang di rumah, yang mempunyai hak atas pejabat-pejabat kasih mereka. Setiap kanak-kanak harus dilatih untuk memikul tanggungjawab masing-masing dalam pelayanan di rumah. Jangan pernah malu untuk menggunakan tangan untuk mengangkat beban rumah atau kaki dalam menjalankan tugas. Selama menjalani kehidupan ini, jangan pernah terjerumus dalam kelalaian dan dosa. Betapa banyak masa terbuang dengan sia-sia oleh kanak-kanak dan remaja yang mungkin seharusnya dihabiskan untuk memikul tanggungjawab keluarga, dan membantu memikul tanggungjawab tersebut, dengan demikian menunjukkan perhatian penuh kasih terhadap ayah dan ibu. Mereka juga harus berakar pada prinsip-prinsip reformasi kesihatan dan perawatan tubuh mereka sendiri.”5

Namun, "oleh banyak orang ladang keluarga ini telah diabaikan secara memalukan, dan sudah tiba masanya sumber dan pemulihan ilahi disampaikan, agar keadaan yang jahat ini dapat diperbaiki. Apakah alasan yang dapat diberikan oleh para mengaku pengikut Kristus kerana lalai melatihkan anak-anak mereka untuk bekerja bagi-Nya?”6

Para Ibu bapa yang dikasihi, di rumah, orang-orang muda kita memerlukan perhatian khusus kerana kita melihat kejahatan dunia semakin meningkat. "Kejahatan gergasi berupa ketidaksederhanaan sedang melakukan pekerjaan yang mengerikan di bumi kita. Setan mempunyai agen-agennya di mana-mana, yang merupakan alat di tangannya, untuk memikat dan merosakkan orang-orang muda kita. Tidakkah suara amaran kedengaran di perapian kita sendiri? Tidakkah kita, melalui ajaran dan teladan, memimpin orang-orang muda kita yang menginginkan untuk mencapai pencapaian yang tertinggi, untuk memperoleh tujuan yang mulia dan tujuan suci; pekerjaan ini bukan pekerjaan ringan, atau pekerjaan kecil; tetapi itu adalah pekerjaan yang akan membuahkan hasil. Seorang pemuda yang telah diajar dengan latihan rumah yang benar, akan membawa kayu yang kukuh ke dalam pembentukan sifatnya, dan melalui teladan dan kehidupannya, jika kekuatannya digunakan dengan betul, dia akan menjadi kekuatan di dunia kita untuk memimpin orang lain meningkat dan maju di jalan kebenaran. Keselamatan satu jiwa adalah keselamatan banyak jiwa.”7

Pekerja-Pekerja Injil

Dalam buku Penginjilan, sebagai contoh, utusan Tuhan membuat rayuan: "Kepada semua yang bekerja dengan Kristus saya ingin berkata, Di mana sahaja kamu dapat bertemu dengan orang di dekat perapian, pergunakanlah peluang kamu. Ambil Alkitabmu, dan buka di hadapan mereka kebenaran-kebenarannya yang agung."8 Di sini, dalam melayani Tuhan, kita didorong untuk menemui orang-orang di tempat yang sesuai bagi mereka, di rumah mereka, dan pergunakan ruang yang sedikit itu untuk berkongsi iman. Suasana perapian membayangkan interaksi peribadi yang santai, berbeza dengan khutbah formal atau perbahasan umum. Pendekatan dari hati ke hati disarankan dalam menyebarkan perkabaran Tuhan, yang sejajar dengan penekanan yang lebih luas pada agama Kristian praktikal dan pelayanan peribadi.

Satu lagi seruan penting bagi kita yang terlibat dalam pelayanan dan pengerja Alkitab, "Saudara-saudaraku dalam pelayanan, bukalah pintumu kepada orang-orang muda yang terbuka kepada godaan. Dekatilah mereka secara peribadi. Kejahatan mengundang mereka di setiap arah. Berusahalah untuk menarik perhatian mereka dalam hal-hal yang akan membantu mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih tinggi. Janganlah menjauhkan diri daripada mereka. Bawalah mereka ke tempat perapianmu; undang mereka untuk bergabung dalam penyembahan kamu kepada Tuhan. Marilah kita ingat tuntutan Tuhan kepada kita untuk menjadikan jalan ke syurga cerah dan menarik.”9

“Saya melihat bahawa para pendeta yang bekerja dalam firman dan doktrin mempunyai pekerjaan yang besar di hadapan mereka, dan tanggungjawab yang berat di bahu mereka. Saya melihat bahawa ketika mereka bekerja, mereka tidak melakukan dengan sepenuh hati. Pekerjaan mereka terlalu umum, dan biasanya tidak teratur. Pekerjaan mereka harus difokuskan kepada orang-orang yang mereka layani. Ketika mereka berkhutbah di meja, kerja mereka baru dimulakan. Mereka kemudian harus menghidupi khotbah mereka, sentiasa menjaga diri, agar mereka tidak mencela pekerjaan Allah. Mereka harus menggambarkan melalui teladan kehidupan Kristus. 1 Korintus 3:9. ‘Kerana kami adalah kawan sekerja Allah.’ 2 Korintus 6:1. ‘Sebagai teman-teman sekerja, kami menasihatkan kamu, supaya kamu jangan membuat menjadi sia-sia kasih karunia Allah, yang telah kamu terima.”.’Pekerjaan pendeta tidak selesai ketika dia meninggalkan mejanya. Dia tidak sepatutnya melepaskan beban dan menyibukkan fikirannya dengan membaca atau menulis, kecuali jika memang diperlukan; tetapi harus membuat susulan kepada pekerjaan umumnya secara peribadi—bekerja secara peribadi bagi jiwa-jiwa bila ada kesempatan—berbual di sekeliling perapian, meminta dan memohon jiwa-jiwa atas nama Kristus untuk didamaikan dengan Allah. Pekerjaan kita di sini akan segera berakhir, 'dan setiap orang akan menerima upahnya sendiri sesuai dengan perbuatannya sendiri”10

“Usaha di tepi perapian inilah, kerja rumah inilah, yang membuahkan hasil cemerlang. Cubalah, saudara-saudara dalam pelayanan. Beberapa pendeta kita tidak suka pekerjaan seperti ini. Mereka menghindarinya. Di sana ada beban yang ditimpakan ke atas usaha pribadi itu, tetapi inilah pekerjaan umat yang harus dimiliki jika mereka menerima kebenaran yang tidak populer. Dengan berhubungan erat kepada jiwa-jiwa yang berada dalam kegelapan ini, terang kita dapat bersinar dengan lebih berkesan, menembusi kegelapan, dan mereka akan melihat melalui perbuatan kita, percakapan kita, keceriaan kita, dan kesopanan, bahwa kasih karunia Allah menyertai kita, dan bahwa damai sejahtera surgawi dibawa ke dalam rumah mereka. Mereka akan terpesona dengan kebenaran yang disertai dengan hasil yang diberkati.”11

Kutipan berikut adalah sebahagian daripada komen yang ditujukan kepada para pendeta yang berkumpul dalam kapasiti Konferens Umum di Battle Creek, Michigan, dalam mesyuarat pagi mereka yang diadakan pada 9 November 1883: “Betapa sucinya amanah yang Allah telah diberikan kepada kita kerana menjadikan kita hamba-hambaNya untuk membantu pekerjaan penyelamatan jiwa-jiwa. Dia telah mengamanahkan kita kebenaran-kebenaran agung, suatu perkabaran yang sungguh-sungguh dan menguji bagi dunia. Tugas kita bukan sekadar berkhotbah, tetapi untuk melayani, mendekatkan hati, dan mengerahkan usaha peribadi di tepi perapian. Kita harus menggunakan talenta-talenta yang diberikan kepada kita dengan kemahiran dan kebijaksanaan, agar kita dapat menyampaikan terang kebenaran yang berharga dengan cara yang paling menyenangkan, cara yang terbaik demi memenangi jiwa.”12

Kristian Yang Taat

Tuhan Yesus memberikan umat-Nya suatu amanat yang harus segera ditaati. Kita baca dalam Matius 28:19, 20 “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa, dan Anak, dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman. Amin.” Adalah kesempatan istimewa kita untuk mendengar dan bertindak berdasarkan firman ini. "Bukanlah tujuan Tuhan membiarkan para pendeta untuk melakukan sebahagian besar pekerjaan menabur benih kebenaran. Mereka yang tidak dipanggil untuk pelayanan injil harus didorong untuk bekerja bagi Guru menurut kemampuan masing-masing. Ratusan lelaki dan wanita yang kini mempunyai pekerjaan dapat melakukan pelayanan yang baik. Dengan membawa kebenaran ke rumah tetangga dan sahabat-sahabat mereka, mereka dapat melakukan pekerjaan yang luar biasa bagi Guru. Tuhan itu adil. Dia akan menggunakan orang-orang Kristian yang rendah hati dan berbakti yang mempunyai kasih akan kebenaran di dalam hati mereka. Biarlah mereka terlibat dalam pelayanan bagi-Nya dengan melakukan kunjungan dari rumah ke rumah—jika rendah hati, bijaksana, dan saleh—dapat melakukan lebih banyak untuk memenuhi keperluan keluarga berbanding seorang pendeta.”13 Bagi setiap orang yang terlibat dalam pekerjaan penting ini, perapian menjadi pentas semula jadi untuk berkongsi Injil dan pelajaran tentang keluarga, iman, dan penjangkauan. "Penyampaian kebenaran, dalam kasih dan kesederhanaan, dari rumah ke rumah, adalah selaras dengan arahan yang Kristus berikan kepada murid-murid-Nya ketika Dia mengutus mereka dalam perjalanan misionari mereka yang pertama. Dengan nyanyian pujian, dengan doa yang rendah hati dan sepenuh hati, banyak orang akan dijangkau. Pekerja ilahi akan hadir untuk mengirim keyakinan ke dalam hati. 'Aku menyertai kamu senantiasa,' adalah janji-Nya. Dengan jaminan kehadiran penolong yang abadi. Kita dapat bekerja dengan iman dan harapan dan keberanian.”14 Jadi, adakah kamu ingin digunakan oleh Tuhan sebagai alat yang rendah hati dalam memimpin orang lain ke kaki salib?

“Salah satu cara yang paling berkesan di mana terang dapat disampaikan adalah melalui usaha peribadi. Dalam lingkungan keluarga, di dekat perapian tetangga kamu, di samping tempat tidur orang sakit, dengan tenang kamu dapat membaca Alkitab dan mengucap sepatah kata tentang Yesus dan kebenaran. Dengan demikian kamu dapat menabur benih berharga yang akan bertumbuh dan menghasilkan buah. ”15

Seruan Tuhan

Seperti yang kita pelajari hari ini, ada pekerjaan penting yang perlu dilakukan "di tepi perapian," baik pekerjaan kita sendiri atau pekerjaan orang lain. Sebagai sebuah gereja, kita perlu memahami bahawa pekerjaan rohani tidak terbatas kepada gereja—ini paling berkesan dalam saat-saat peribadi setiap hari. Perapian, dalam pemahaman ini, adalah tempat utama untuk membina hubungan dan menanam benih iman dan kebenaran dari kekakuan suasana formal. Keluarga Gerakan Pembaharuan yang dikasihi, marilah kita meminta Tuhan untuk membuka fikiran dan hati kita untuk menerima perkabaran ini dan menerima permohonan berikut yang Dia miliki bagimu dan saya saat kita menutup topik ini:

“Tuhan akan memeriksa penggunaan talenta yang telah Dia amanahkan kepada kita. Dia telah membayar upah dengan darah-Nya sendiri, penyangkalan diri, pengorbanan dan penderitaan-Nya sendiri, untuk menjamin kerelaan setiap jiwa dalam melayani sebagai pekerja bersama Tuhan. Seandainya semua orang menyedari tanggungjawab mereka kepada Tuhan dengan bijak untuk menggunakan karunia dalam talenta yang diamanahkan, betapa besarnya hasil yang akan dibawa kepada Tuhan melalui Yesus Kristus! Satu talenta dapat dan akan bertambah dengan penggunaannya. Pemberian yang dianggap paling rendah, pelayanan yang paling rendah hati, dapat menjangkau fikiran dan mempengaruhi hati yang tidak terjangkau oleh mereka yang mempunyai talenta yang lebih besar.

“Sekarang, sekarang, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita bekerja. Kunjungan individu sangat berharga. Dalam kasih kepada Yesus Kristus dan kasih kepada jiwa-jiwa manusia, kebenaran harus disampaikan kepada setiap keluarga, dibicarakan oleh setiap perapian yang dapat kita masuk. . . . Ingatlah bahawa Roh Kudus adalah pekerja. agen manusia yang bekerja bagi Tuhan tidak akan sendirian. . . .

“Bekerja dalam ketekunan, dalam kelembutan, belas kasihan, doa, dan kasih akan lebih berkesan daripada sekadar khutbah-khutbah. Tuhan Yesus, dengan menyerahkan nyawa-Nya untuk menyelamatkan dunia dari kutukan dosa, merencanakan hal-hal yang lebih besar daripada yang pernah kita saksikan. Roh Kudus sedang menunggu saluran-saluran melalui siapa untuk bekerja. . . . Setan tidak akan selalu menang. Roh Tuhan akan dicurahkan ke atas gereja segera setelah bejana-bejana disediakan untuk menerimanya.”16

Semoga Tuhan memberkati kita dengan limpah dan membantu kita melakukan pekerjaan ini di dekat perapian, Amin!

Rujukan-rujukan:
1 The Faith I Live By, p. 255. [Emphasis added.]
2 Child Guidance, p. 202.
3 Patriarchs and Prophets, p. 127. [Emphasis added.]
4 The Review and Herald, April 21, 1891.
5 Testimonies for the Church, vol. 6, p. 429.
6 Ibid., p. 430.
7 The Review and Herald, July 10, 1888. [Emphasis added.]
8 Evangelism, p. 436.
9 Gospel Workers, p. 212. [Emphasis added.]
10 Testimonies for the Church, vol. 1, p. 432.
11 Manuscript Releases, vol. 7, p. 37.
12 The Review and Herald, April 15, 1884.
13 Welfare Ministry, p. 109. [Emphasis added.]
14 Christian Service, p. 114.
15 Ibid., p. 118.
16 That I May Know Him, p. 330.