Back to top

The Reformation Herald Online Edition

PERGI KE SELURUH DUNIA

Jumaat, 12 Disember 2025
“IMANMU TELAH MENYELAMATKAN ENGKAU ”
RICARDO GAIYE — ANGOLA

“ ’Asal kujamah saja jubah-Nya, aku akan akan sembuh.’ Matius 9:21. Seorang perempuan miskinlah yang mengucapkan kata-kata ini-seorang perempuan yang selama dua belas tahun telah menderita penyakit yang membebani hidupnya. Dia telah menghabiskan seluruh hartanya untuk membayar doktor dan ubat-ubatan, namun ternyata ia tidak dapat disembuhkan. Tetapi ketika dia mendengar tentang Penyembuh Agung, harapannya kembali hidup. Dia berfikir, ‘Jika saya dapat cukup dekat untuk bercakap dengan Dia, saya mungkin sembuh.’

“Kristus sedang dalam perjalanan ke rumah Yairus, rabbi Yahudi yang telah memohon Dia untuk datang dan menyembuhkan anak perempuannya. Pemohonan yang memilukan hati, ‘Anakku perempuan sedang sakit, hampir mati, datanglah kiranya dan letakkanlah tangan-Mu atasnya, supaya ia selamat dan tetap hidup’ (Markus 5:23), telah menyentuh hati Kristus yang lembut dan bersimpati, dan Dia segera berangkat bersama penguasa itu ke rumahnya.

“Mereka maju tetapi perlahan-lahan; kerana orang ramai berdesakan dengan Kristus di setiap sisi. Ketika Dia berjalan di tengah-tengah kerumunan orang, Juruselamat datang mendekati tempat perempuan yang menderita itu berdiri. Berkali-kali dia mencuba mendekati-Nya tetapi sia-sia. Kini kesempatannya telah tiba. Dia tidak dapat melihat cara untuk bercakap dengan Dia. Dia tidak mahu menghalangi langkah-Nya yang lambat. Namun dia telah mendengar bahawa kesembuhan datang dari sentuhan jubah-Nya; dan, kerana takut kehilangan satu-satunya peluang untuk sembuh, dia maju ke depan, lalu berkata kepada dirinya sendiri, ‘Asal kujamah saja jubah-Nya, aku akan akan sembuh.’

“Kristus tahu setiap pemikiran dalam fikirannya, dan Dia sedang menuju ke tempat dia berdiri. Dia menyedari keperluannya yang besar, dan Dia menolongnya untuk melatihkan iman.

“Ketika Dia sedang berlalu, dia mengulurkan tangan ke depan dan nyaris menyentuh hujung jubah-Nya. Pada saat itu juga dia tahu dia telah sembuh. Dalam satu sentuhan itu, iman hidupnya terpusat, dan seketika itu juga kesakitan dan ketidakberdayaannya lenyap. Dengan segera dia merasakan kembali sihat seperti arus elektrik yang mengalir setiap urat nadinya. Tiba-tiba dia merasakan kesihatan yang sempurna. ‘ia merasakan bahwa badannya sudah sembuh dari penyakitnya.’ Ayat 29.

“Perempuan yang bersyukur itu ingin menluahkan rasa syukurnya kepada Penyembuh Agung, yang telah melakukan lebih banyak baginya hanya dengan satu sentuhan daripada yang telah dilakukan oleh para tabib selama dua belas tahun; tetapi dia tidak berani. Dengan hati yang bersyukur dia cuba menarik diri daripada kerumunan. Tiba-tiba Yesus berhenti, dan memandang sekeliling, Dia bertanya, ‘Siapa yang menjamah Aku?’

“Sambil memandang-Nya dengan heran, Petrus menjawab, ‘Guru, orang banyak mengerumuni dan mendesak Engkau, dan Engkau berkata, Siapakah yang menjamah Aku?’ Lukas 8:45.

“ ‘Ada seorang yang menjamah Aku,’ Yesus berkata; ‘sebab Aku merasa ada kuasa keluar dari diri-Ku.’ Ayat 46. Dia dapat membezakan sentuhan iman dengan sentuhan biasa orang banyak yang sembarangan. Seseorang telah menjamah-Nya dengan tujuan yang mendalam dan telah menerima jawapan.

“Kristus tidak mengaju soalan itu untuk maklumat-Nya sendiri. Dia mempunyai pelajaran untuk orang-orang, untuk murid-murid-Nya, dan untuk perempuan itu. Dia ingin menginspirasi mereka yang menderita dengan harapan. Dia ingin menunjukkan bahawa imanlah yang telah membawa kuasa penyembuhan .”1

Pengalaman saya disisi tempat tidur

Pada tahun 1996, saya sakit parah—hampir tidak bertahan untuk hidup—dan sanggup pergi ke hospital umum atau swasta, walaupun mereka bergantung pada amalan perubatan konvensional (perawatan tradisional) yang selalunya berdasarkan tradisi kerohanian. Secara kebetulan, saya akhirnya dirawat di sebuah institusi kesihatan yang lampunya menyala siang dan malam. Di sana saya akhirnya tinggal selama lebih dari setahun.

Di institusi ini, jalan pemulihan yang disarankan seperti yang diamalkan adalah berbeza daripada yang saya jangkakan. Untuk beberapa bulan pertama, preskripsinya (cara perawatan) adalah untuk makan makanan mentah, mempelajari firman Tuhan, dan mendengar kuliah. Hampir setengah tahun kemudian, hanya selepas staf berfokus pada penyembuhan jiwa saya, penyembuhan fisiologi akhirnya datang yang menangani dua masalah utama yang membawa saya ke institusi ini pada mulanya.

Saya berada di sana pada masa yang sama sebagai pesakit muda yang ditemani oleh neneknya. Keadaan perubatannya sangat mengerikan. Dia berada dalam keadaan kritikal, tidak dapat bergerak atau menjaga dirinya sendiri, memerlukan perhatian yang berterusan. Pada hari-hari terakhir hidupnya, perempuan muda itu tetap terlantar, menerima perawatan dan sokongan ketika dia mengalami masalah kesihatan yang sangat parah.

Neneknya yang sangat taat berdoa, menangis di pangkuan cucunya. Perempuan muda itu kelihatannya telah mencari pertolongan di hampir semua hospital besar dan telah menjalani setiap perubatan yang diberikan, namun keadaannya tidak pernah ada perubahan. Sebagai pilihan terakhir, nenek kini mendesak perempuan muda itu dengan tegas bahwa ia perlu mengaku dosa-dosanya kepada Tuhan, berfikir secara terdesak sesuai dalam Amsal alkitabiah bahawa "kutuk tanpa alasan tidak akan kena" (Amsal 26:2, bahagian akhir).

“Setan adalah pemula penyakit; dan doktor sedang berperang melawan pekerjaan dan kuasanya. Penyakit mental berleluasa di mana-mana. Sembilan persepuluh daripada penyakit yang diderita manusia berakar di sini. Mungkin beberapa masalah keluarga masih ada, seperti penyakit bara, tekanan jiwa dan melemahkan daya hidup. Penyesalan atas dosa kadang-kadang merosakkan keadaan tubuh dan menganggu keseimbangan fikiran.”2

Permohonan bersungguh-sungguh nenek yang setia itu jelas menyentuh hati perempuan muda itu. Tiba-tiba, yang mengejutkan semua orang, pesakit itu secara terang-terangan menceritakan perihal amalan yang sangat buruk yang pernah dilakukannya dalam hidupnya, yang secara jelas menentang Tuhan. Akibat dari perilaku ini pada masa mudanya, dia merasakan seperti sedang menderita kutukan besar yang akhirnya menyebabkan penyakit fizikal ini. Selama beberapa waktu, dia berharap dapat disembuhkan dengan ubat, tetapi keadaannya malah semakin parah.

Kini perempuan muda itu merasakan keperluan untuk menghadapi kebenaran tentang kedurhakaan yang telah lama mengganggu jiwanya—mengakui keperluannya yang besar akan Kristus, satu-satunya Juruselamat orang berdosa. Pada saat ini, mereka yang mendengar sejarah tragisnya (yang menyedihkan) bersungguh-sungguh berdoa bagi pihaknya.

Terdapat satu pengajaran yang dapat diambil dari pengalaman ini:

“Doktor memerlukan lebih dari sekadar hikmat dan kuasa manusia agar dia dapat mengetahui cara menangani banyak kes penyakit fikiran dan hati yang membingungkan yang harus dia tangani. Jika dia tidak mengetahui kuasa karunia ilahi, dia tidak dapat menolong orang yang menderita, tetapi akan memburukkan lagi kesulitan; tetapi jika dia berpegang teguh kepada Tuhan, dia akan dapat menolong orang yang sakit dan fikiran yang terganggu. Dia akan dapat mengarahkan pesakitnya kepada Kristus dan mengajar mereka untuk membawa segala kebimbangan dan kebingungan mereka kepada Pemikul Beban yang agung.

“Terdapat hubungan yang ditetapkan Tuhan antara dosa dan penyakit. Tiada doktor dapat berlatih selama sebulan tanpa melihat ilustrasi ini. Dia mungkin mengabaikan fakta; fikirannya mungkin terlalu sibuk dengan hal-hal lain sehingga perhatiannya tidak akan tertuju kepadanya; tetapi jika dia mahu memerhati dan jujur, ​?​?dia tidak boleh tidak mengakui bahawa dosa dan penyakit saling berkaitan antara sebab dan akibat. Doktor harus segera menyedari perkara ini dan bertindak sewajarnya. Setelah dia telah memperoleh keyakinan mereka yang menderita dengan meringankan penderitaan mereka dan membangkitkan mereka kembali dari ambang kubur, dia dapat mengajar mereka bahawa penyakit adalah akibat dosa dan bahawa musuh yang telah jatuh itulah yang berusaha memikat mereka kepada amalan-amalan yang merosakkan kesihatan dan jiwa. Dia dapat menanamkan dalam fikiran mereka kepentingan menyangkal diri dan menaati hukum kehidupan dan kesihatan. Dalam fikiran orang muda terutamanya dia mungkin menanam prinsip-prinsip yang benar. Allah mengasihi makhluk-Nya dengan kasih yang lembut dan kuat. Dia telah menetapkan hukum-hukum alam, tetapi hukum-hukumNya bukanlah tuntutan yang sewenang-wenangnya. Setiap 'Jangan,' baik dalam hukum-hukum fizikal atau moral, mengandungi atau menunjukkan kebenaran sebuah janji.”3

Setelah perempuan muda di institusi itu mengaku dosanya kepada Tuhan, kamu dapat melihat kedamaian yang mendalam di wajahnya. Kami semua menyedari bahawa kedamaian tidak datang dari dalam dirinya. Kedamaian datang melalui kedamaian syurgawi yang hanya ditemukan dalam Yesus Kristus

Ya, setelah beberapa lama, tanda-tanda penyakit yang lebih parah dalam keadaan fizikalnya mula berkurangan, tetapi pada saat itu dia berkata: "Sekarang saya perlu berehat. Tolong, saya perlu berehat. Saya perlu berehat." Dia memandang semua penderitaan yang dia alami sebagai akibat dari gaya hidup yang memberontak, namun dia kini menyedari keindahan dan kebijaksanaan abadi dari Yang Maha Kuasa yang dalam pemeliharaannya yang penuh kasih, dia kini beristirehat. Tidak lama kemudian, dia meninggal dunia—dengan damai, dan dalam belas kasihan-Nya yang lembut.

Rencana Kristus untuk keutuhan

Kristus ingin sekali untuk menginspirasi harapan kepada orang yang menderita dan menunjukkan bahawa iman kepada-Nya membawa penyembuhan dan pemulihan jiwa dan tubuh.

Di seluruh dunia, berjuta-juta orang memerlukan pertolongan, daripada kes yang paling sederhana kepada yang paling rumit. Apakah masalah terbesar? Pemazmur mengakui dimensi (pandangan) rohani kepada Tuhan: “Tidak ada yang sehat pada dagingku oleh karena amarah-Mu, tidak ada yang selamat pada tulang-tulangku oleh karena dosaku;” (Mazmur 38:3).

Kebanyakan orang menyedari betapa pentingnya untuk mengikuti pola makan sihat yang terdiri dari buah-buahan, sayur-sayuran, dan air putih, bersenam, berehat, berjemur, menghirup udara yang segar, dan sebagainya. Namun mungkin yang paling penting adalah kesihatan mental dan rohani, yang sering kali kita abaikan.

Banyak orang yang mengikuti pemakanan yang terbatas, demi agama memilih makanan mereka secara taat dan dalam banyak kes menambahkan makanan tambahan. Yang lain bangun pagi-pagi dengan tekun-dan banyak yang bahkan sebelum ini tidur-untuk berolahraga. Walaupun demikian mereka memanjakan kesombongan, Kesia-siaan, nafsu, ketidakpedulian, dan penghinaan terhadap orang lain, mengabaikan latihan fizikal terbaik di dunia (pekerjaan misionari—rela menginjil secara berjalan kaki—berjalan, berjalan cepat, berlari untuk membawa Injil.)

Dan masih ada yang bimbang untuk tidur lebih awal demi menjaga tubuh dan kesejahteraan emosi mereka, yang tentunya betul dan tidak salah. Namun di tengah-tengah pekerjaan, berniaga, atau pembelajaran mereka, semua aktiviti intelektual itu mungkin didorong oleh cita-cita yang mementingkan diri sendiri dan tamak untuk memperolehi keuntungan dan keseronokan dunia yang fana ini. Mereka tidak sanggup melakukan pengorbanan yang sama dalam hal pekerjaan misionari, menolong orang kurang upaya, orang sakit, dan mereka yang menderita oleh kesakitan kematian atau bencana. Dengan kebiasaan seperti itu, dalam banyak kes yang tidak dapat diubahkan, mereka sering mengalami—baik dalam jangka pendek atau pun jangka panjang—sakit, serta penyakit fizikal, mental dan rohani bagi diri mereka sendiri.

Sumber sejati kesihatan fizikal, mental, dan rohani ialah Tuhan, Bapa yang pengasih, dan Yesus, Tabib Agung. Hubungan fikiran manusia dengan fikiran Kristus yang memberi kekuatan kepada fikiran, jiwa, sel-sel saraf, dan organ-organ penting, juga memberi tenaga kepada seluruh tubuh—dengan itu mencegah penyakit dan menyembuhkan tubuh yang sakit.

Mencabut hempedu kepahitan

Sebagai seorang kolportur (penjual buku), saya dijemput untuk memberikan seminar di pusat percetakan sebuah bank negara yang besar. Saya mempersembahkan buku-buku kita kepada mereka, termasuk buku, Steps to Christ. Pada penghujung seminar, pengarah jabatan membawa saya ke pejabatnya dan memperkenalkan saya kepada seorang lelaki muda yang kurus, kelihatan lemah dengan rambut panjang, muka yang rosak, dan ada ketumbuhan di lututnya—tempang dan bergerak dengan sangat tidak selesa. Dia mengalami sakit dada dan sakit belakang.

Saya bertanya mengapa keadaan dia begitu, dan dia menceritakan bahawa dia tinggal bersama ayah, ibu dan tiga orang adik lelakinya. Kemudian, ketika bapanya sakit parah dan akhirnya meninggal dunia, salah seorang kawan baik bapanya merasuahkan pihak berkuasa dan memalsukan dokumen-dokumen rumah tempat tinggal keluarga mereka di pusat kota, dengan mengklaim (mengakui) kepada mahkamah bahawa rumah itu adalah miliknya. Mahkamah bersetuju dan mereka mengusir seluruh keluarga itu keluar.

Keluarga malang ini kini tidak mempunyai tempat tinggal, bahkan saudara-mara mereka pun tidak peduli dan tidak mau tahu tentang mereka lagi. Akhirnya, seorang lelaki datang saat mereka tidak menduganya dan menemukan mereka sebuah pondok usang di sebelah pasar, di mana mereka mulai menjalani kehidupan sebagai orang miskin.

Pengalaman yang mengecewakan ini memicu rasa dendam yang mendalam bagi pemuda itu. Ketiga-tiga adik lelakinya terpaksa berhenti sekolah kerana kekurangan kewangan; ibunya mengalami gangguan mental, masalah hipertensi (darah tinggi), dan kehilangan penglihatan—ditambah lagi, akibat trauma ini, seorang adik lelakinya mengalami sawan (epilepsi). Kini, walaupun lelaki muda ini juga sakit, dia adalah satu-satunya yang dapat memberikan keluarganya keperluan walaupun hanya sedikit. Dengan kesihatannya yang lemah, dia terpaksa meninggalkan pengajiannya di universiti dan tiada syarikat yang akan menggajinya.

Kemudian pengurus bank itu, seorang lelaki yang penuh kasih dan baik hati, mengundangnya untuk bekerja bersamanya di jabatannya—untuk mengemaskan dokumen-dokumen dan kotak-kotak serta membuang sampah. Pada hujung bulan, setiap kali pengurus menerima gajinya, dia memberikan sedikit kepada anak muda ini. Pemuda itu berkata bahawa dia sedang menunggu pembedahan lututnya, mungkin untuk memotong kakinya, tetapi hari itu tidak kunjung tiba, kerana kekurangan sumber. Begitulah cara saya memperkenalkan dia kepada Yesus Kristus, Tuhan yang menyembuhkan jiwa. Dia bersyukur lalu mengambil buku itu untuk dibaca. Seminggu kemudian, saya memperkenalkan dia kepada pengampunan Kristus, dan dengan linangan air mata, dia menerima seadanya. Saya kemudian memintanya untuk memaafkan orang yang telah mengaibkan keluarganya.

Bagaimana saya dapat memaafkan seseorang yang telah membawa banyak musibah kepadaku, ibu saya dan adik-beradik saya?” dia bertanya. Saya memohon agar dia membiarkan Tuhan bertindak dalam hatinya dan menyerahkan pergumulan ini kepada Tuhan.

Setelah beberapa waktu, akhirnya dia mau memaafkan. Saya pulang ke rumah dan memberitahu isteri saya, yang sedang belajar perubatan pada masa itu. Dia mengambil baldi, menyediakan sedikit tanah liat untuk dibawa, ditambah lagi beberapa karung tanah liat kering, beberapa kubis dan bawang. Kami membawa semua ini ke rumah lelaki muda itu. Dia mula meletakkan tanah liat pada lutut lelaki muda itu dan memberinya arahan dari Roh Nubuat mengenai pantang dari makanan-makanan berbahaya dan memakan banyak makanan segar, semula jadi, berasaskan tumbuhan. Pada masa yang sama, kami memberikan ubat kepada adik-adik lelakinya dan ibunya.

Ya, Tuhan menggunakan rawatan semula jadi sebagai agen-agen penyembuhan, tetapi elemen utama dalam proses pemulihan selalunya untuk menyedari hal-hal berikut juga:

“Salah satu dosa yang paling biasa, dan yang paling berbahaya, adalah pemanjaan jiwa yang tidak mengampuni. Berapa banyak orang yang menyimpan permusuhan atau dendam dan lalu bersujud di hadapan Tuhan dan memohon ampun saat mereka mengampuni. Pasti mereka tidak memahami tentang kepentingan doa ini atau mereka tidak akan berani mengucapkannya. Kita bergantung pada belas kasihan Tuhan yang mengampuni setiap hari dan setiap jam; bagaimana kita dapat menyimpan kepahitan dan kebencian terhadap sesama kita yang berdosa!”4

Orang-orang paling istimewa di bumi

Kita adalah umat yang paling istimewa dalam sejarah dunia. Kita hidup di zaman terang ilahi yang terbesar dengan Alkitab dan Roh Nubuat. Kita sungguh menikmati keistimewaan yang unik kerana karunia dengan ajaran-ajaran yang terkandung dalam Roh Nubuat. Di dalamnya, Tuhan menerangkan dengan jelas bagaimana kita harus makan, berpakaian, bermasyarakat, dan mengurus urusniaga kita. Buku ini mengandungi sokongan emosi dan rohani yang terbaik. Kita perlu menjadi pekerja yang tekun untuk menyatakan ajaran-ajaran ini kepada semua orang, mencegah penggunaan makanan olahan yang canggih, dan menghindari hal-hal duniawi serta tuntutan-tuntutan ilmiah yang tidak disokong oleh Firman Tuhan dan Roh Nubuat. Kita harus mencari hubungan yang mendalam dengan Tuhan, satu-satunya Penjamin mutlak kesejahteraan fizikal dan psiko-emosi kita.

Sumber penyembuhan sejati

“Juruselamat dalam mukjizat-mukjizat-Nya menyatakan kuasa yang terus-menerus bekerja bagi kepentingan manusia, untuk menyokong dan menyembuhkannya. Melalui agen-agen alam, Tuhan bekerja, hari demi hari, jam demi jam, saat demi saat, untuk memastikan kita hidup, untuk membangun dan memulihkan kita. Ketika suatu bahagian dalam tubuh mengalami kecederaan, proses penyembuhan segera bermula; agen-agen alam semula jadi berusaha untuk memulihkan kesihatan. Namun kuasa yang bekerja melalui agen-agen ini adalah kuasa Tuhan. Semua kuasa pemberi kehidupan berasal daripada-Nya. Apabila seseorang itu sembuh dari penyakit, Allah yang memulihkannya.

“Penyakit, penderitaan, dan kematian adalah pekerjaan dari kuasa yang bertentangan. Setan adalah penghancur; Allah adalah pemulih.

“Kata-kata yang diucapkan kepada Israel adalah benar hari ini tentang mereka yang memulihkan kesihatan tubuh atau jiwa. ‘Akulah Tuhan yang menyembuhkan engkau.’ Keluaran 15:26.

“Kerinduan Tuhan bagi setiap manusia diungkapkan dalam kata-kata, ‘Saudaraku yang kekasih, aku berdoa, semoga engkau baik-baik dan sehat-sehat saja dalam segala sesuatu, sama seperti jiwamu baik-baik saja.’ 3 Yohanes 2.

"Dialah yang mengampuni segala kesalahanmu, yang menyembuhkan segala penyakitmu, Dia yang menebus hidupmu dari lobang kubur, yang memahkotai engkau dengan kasih setia dan rahmat. Mazmur 103:3, 4.”5

Dalam kisah dan petikan ini, kita melihat kebenaran yang jelas: Penyembuhan rohani selalunya dapat membuat perbezaan besar dalam mendorong penyembuhan fizikal. Iman dan pertobatan mempunyai kuasa untuk menguatkan tubuh dengan cara yang unik. Perempuan yang menyentuh jubah Yesus disembuhkan karena imannya, menunjukkan kepada kita bahwa kita juga perlu datang kepada-Nya. Saat kita membuka hati kita yang terluka dan berdosa untuk menerima belas kasihan-Nya, kita mengalami realiti bahwa "jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan" (1 Yohanes 1:9). "Ia menyegarkan jiwaku, Ia menuntun aku di jalan yang benar oleh karena nama-Nya" (Mazmur 23:3).

Apakah yang mungkin menghalang anda daripada menikmati kedamaian agung yang Tuhan tawarkan? Sudahkah anda menyelidiki hati anda untuk melihat apakah ada dosa yang belum anda sedari atau beban yang masih anda pikul? Mungkin kesombongan menghalangi anda daripada mengalami kasih karunia-Nya yang sepenuhnya. Fikirkan tentang ini: Apa yang anda perlu lepaskan untuk disempurnakan? Apakah perjuangan tersembunyi yang mungkin menghalang anda daripada mencari kedamaian? Tuhan melihat semuanya, dan rahmat penyembuhan-Nya tersedia bagi siapa pun yang mendekati-Nya dengan kerendahan hati.

Kembalilah kepada Kristus, Dia yang menyembuhkan jiwa dan tubuh. Akui dosa-dosamu, lepaskan hal-hal yang menghalang penyembuhanmu, percayalah kepada kuasa-Nya yang tidak terbatas, dan kamu akan memperolehi kedamaian dan pemulihan penuh. Dia telah berjanji, “Akulah TUHAN yang menyembuhkan engkau” (Keluaran 15:26), dan firman-Nya tidak pernah gagal. Carilah penyembuhan jiwa terlebih dahulu melalui Dia yang menanggung kesakitan dan kedukaan kita ke atas diri-Nya, maka segala sesuatu akan terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Amin!

Rujukan-rujukan:
1 The Ministry of Healing, pp. 59, 60.
2 Testimonies for the Church, vol. 5, pp. 443, 444. [Emphasis added.]
3 Ibid., p. 444.
4 Ibid., 170.
5 The Ministry of Healing, pp. 112, 113.