PERGI KE SELURUH DUNIA

Ungkapan yang diucapkan oleh Yesus, "Berikan mereka makan," bergema dengan mendalam sebagai panggilan untuk memperduli dan bertanggungjawab terhadap orang lain. Terdapat dalam Matius 14:16, hal ini tertanam dalam kisah terkenal tentang penggandaan pertama roti dan ikan. Walau bagaimanapun, selain menceritakan salah satu mukjizat yang paling terkenal dalam Alkitab, petikan ini juga mengandungi pelajaran mendasar tentang belas kasihan, kemurahan hati dan pelayanan Kristian, yang semuanya mencabar gereja saat ini untuk mengambil tindakan praktikal di dunia yang menghadapi tantangan besar seperti kelaparan.
Saat ini, kelaparan adalah masalah global yang sangat serius. “Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada tahun 2023 sahaja, menurut SOFI 2024, kira-kira 733 juta orang akan menderita kebuluran di seluruh dunia.”1 Seolah-olah satu daripada setiap 11 orang di dunia kelaparan dan jumlah ini meningkat kerana faktor-faktor seperti ketidakseimbangan sosial, krisis ekonomi dan konflik peperangan. Realiti ini sangat berbeza dengan jumlah makanan yang dihasilkan di seluruh dunia, yang menunjukkan bahawa masalahnya bukanlah kekurangan sumber, tetapi pengedaran yang lemah dan kurang tindakan.
Ketika Yesus berkata, “Berikan mereka makan,” Dia mencabar murid-murid-Nya untuk menghadapi situasi yang kelihatan mustahil—sama seperti cabaran untuk memberi makan berjuta-juta orang yang kelaparan mungkin kelihatan saat ini. Namun, sama seperti pada peristiwa itu, perkabaran Kristus menunjukkan tanggungjawab bersama para pengikut-Nya untuk memenuhi keperluan fizikal dan rohani mereka yang menderita.
Mukjizat penggandaan roti berlaku sejurus selepas berita kematian Yohanes Pembaptis. Kerana murid-murid kelelahan dan sedih dengan kematian Yohanes maka Yesus menyingkirkan diri bersama-sama dengan murid-murid-Nya ke tempat yang sunyi untuk berehat seketika. “Setelah Yesus mendengar berita itu menyingkirlah Ia dari situ dengan perahu ke tempat yang sunyi.” (Matius 14:13). Undangan Kristus untuk beristirehat adalah ungkapan kepedulian pastoral-Nya bagi murid-murid-Nya. Tetapi istirehat yang diinginkan itu segera terganggu, kerana banyak orang mengetahui ke mana Dia pergi dan mengikut-Nya dengan berjalan kaki. “Tetapi pada waktu mereka bertolak banyak orang melihat mereka dan mengetahui tujuan mereka. Dengan mengambil jalan darat segeralah datang orang dari semua kota ke tempat itu sehingga mendahului mereka.” (Markus 6:33).
“Paskah sudah dekat, dan, dari jauh dan dekat, rombongan peziarah yang sedang menuju ke Yerusalem berkumpul untuk melihat Yesus. Jumlah mereka semakin bertambah, sehingga berkumpul lima ribu orang lelaki tidak termasuk perempuan dan kanak-kanak. Sebelum Kristus sampai ke pantai, banyak orang telah menunggu Dia.”2
Juruselamat yang pengasih tidak pernah ragu memenuhi keperluan kita. Dia mengasihani orang banyak, menyambut mereka dan menyembuhkan sakit mereka. “Ketika Yesus mendarat, Ia melihat orang banyak yang besar jumlahnya, maka tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan kepada mereka dan Ia menyembuhkan mereka yang sakit” (Matius 14:14).
Dalam Perjanjian Baru, "memiliki belas kasihan" menyatakan rasa simpati yang paling mendalam bagi mereka yang menderita, biasanya merujuk kepada tindakan Yesus Kristus. (Lihat juga Matius 15:32; 20:34; Markus 1:41; Lukas 7:13.)
Yesus tidak pernah menolak seseorang tanpa memenuhi semua keperluan mereka. Walaupun terganggu dalam istirehat-Nya, ketika meninggalkan tempat peristirehatan-Nya, Dia melakukan tiga perkara untuk melayani mereka:
1. Dia mengajar orang banyak tentang kerajaan Tuhan, dengan itu memenuhi keperluan fikiran.
2. Dia menyembuhkan orang sakit, dengan itu memenuhi keperluan fizikal mereka.
3. Dia memberi makan seluruh orang banyak dengan roti sebagai simbol roti dari syurga (Yohanes 6:22–40).
Jadi, Yesus memenuhi keperluan mental, fizikal, dan rohani mereka.
Hari itu merupakan hari yang sibuk dengan aktiviti. Yesus telah mengajar dan menyembuhkan orang sakit di antara banyak orang, tetapi murid-murid kini bimbang tentang bagaimana memberi makan banyak orang itu. Menyedari di mana mereka berada, mereka mendekati Yesus, menyatakan keprihatinan mereka dan menyarankan supaya Dia menyuruh orang banyak itu pergi mencari makanan di kampung-kampung yang berdekatan.
“Pada penghujung hari, murid-murid menghampiri Yesus dan berkata, “tempat ini sunyi, dan hari sudah mulai malam: Suruhlah mereka pergi, supaya mereka dapat membeli makanan di desa-desa dan di kampung-kampung di sekitar ini” (Markus 6:35, 36). Murid-murid tidak tahu bagaimana mereka dapat menyediakan makanan bagi orang banyak itu; kerana mereka tidak mempunyai wang yang cukup, dan bagi mereka tiada cara penyelesaian lain kecuali menyuruh orang banyak itu pergi. Segalanya tidak menyenangkan; kerna tempat itu terpencil, hari sudah mulai malam, kerumunan sangat banyak, dan mereka tidak mempunyai cukup wang. Oleh kekurangan visi, murid-murid menekankan apa yang mereka tidak miliki.
Mendengar dengan teliti saranan para murid, “Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Tidak perlu mereka pergi, kamu harus memberi mereka makan.”(Matius 14:16). Perintah Kristus tidak diduga dan membimbangkan, jadi para murid menghadapi tiga cabaran:
1. Kerumunan itu banyak—5,000 lelaki, tidak termasuk wanita dan kanak-kanak.
2. Mereka berada di padang pasir yang jauh dari kota tiada tempat membeli makanan.
3. Mereka tidak mempunyai wang yang cukup.
Murid-murid jelas berada di jalan buntu—dengan masalah logistik, kekurangan sumber, dan kerumunan orang yang lapar.
Namun mereka bersetuju untuk memberikan sedikit makanan yang mereka ada ke tangan Kristus, kerana “Dia berkata, Bawalah ke mari kepadaku”(Matius 14:18). Makanan yang sedikit itu secara ajaib berlipat ganda, dan semua orang kenyang. Keajaiban itu mengajarkan kita bahawa, walaupun dengan sumber yang terbatas, Tuhan dapat melakukan perkara yang luar biasa melalui orang yang bersedia untuk melayani.
Ketika Yesus memerintahkan murid-murid untuk memberi makan kepada banyak orang, Dia mengingatkan kita prinsip tanggungjawab gereja untuk memperhatikan mereka yang lemah yang Dia telah bicarakan melalui nabi Yesaya. Kristus, melalui nabi, memerintahkan, “Berikan rotimu kepada orang yang lapar;” “Bawalah ke rumahmu orang miskin yang tidak mempunyai rumah;” “Apabila engkau melihat orang telanjang, . . . berilah dia pakaian” (Yesaya 58:7).
Tuhan telah dengan jelas memerintahkan kita: “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk”(Markus 16:15). "Tetapi berapa kali hati kita kecewa, dan iman kita memudar, ketika kita melihat betapa besarnya keperluan, dan betapa kecilnya harta yang kita miliki. Seperti Andreas yang melihat lima roti jelai dan dua ekor ikan kecil, kita berseru, 'Apakah artinya itu untuk orang sebanyak ini?' Seringkali kita ragu, tidak mahu memberikan semua yang kita miliki, takut untuk menghabiskannya dan dibelanjakan untuk orang lain, namun Yesus telah memerintahkan kita. “Berilah mereka makan.” Perintah-Nya adalah kuasa yang sama yang memberi makan banyak orang di tepi laut.”3
Ungkapan, "Berilah mereka makan," melampaui konteks menyediakan makanan fizikal. Gereja, sebagai tubuh Kristus dipanggil memenuhi keperluan rohani, emosi dan bahan-bahan keperluan umat. Yesus tidak membenarkan murid-murid mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memperhatikan banyak orang, dan prinsip yang sama ini harus membimbing kita dalam gereja hari ini.
“Dalam mukjizat Juruselamat untuk memberi makan lima ribu orang, digambarkan bagaimana kuasa Tuhan bekerja dalam menghasilkan tuaian. Yesus menyingkapkan tabir dari dunia semulajadi dan menyatakan tenaga kreatif yang sentiasa digunakan untuk kebaikan kita. Dalam melipatgandakan benih yang ditaburkan ke tanah, Dia yang melipatgandakan roti sedang melakukan mukjizat setiap hari. Melalui mukjizat, Dia sentiasa memberi makan berjuta-juta dari ladang tuaian bumi. Manusia dipanggil untuk bekerja sama dengan Dia dalam memelihara gandum dan menyediakan roti, dan kerana itu mereka lupa tentang agen ilahi. Pekerjaan kuasa-Nya dikaitkan dengan sebab-sebab semula jadi atau peranan manusia, dan terlalu sering karunia-Nya disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan dijadikan kutuk, bukannya berkat. Tuhan sedang berusaha untuk mengubah semua ini. Dia ingin agar indera kita yang tumpul akan dihidupkan untuk memahami kemurahan hati-Nya yang penuh belas kasihan, agar karunia-Nya dapat menjadi berkat bagi kita sesuai dengan rencana-Nya.
“Firman Tuhan, pemberian hidup-Nya, yang memberi hidup kepada benih; dan kehidupan itu, kita, dengan memakan biji-bijian, menjadi pengambil bahagian. Tuhan ingin agar kita memahami hal ini; Dia ingin agar bahkan saat menerima roti harian kita, kita dapat menyedari peranan-Nya dan dapat dibawa ke dalam persekutuan yang lebih erat dengan-Nya.
“Berdasarkan hukum-hukum Tuhan secara semula jadi, kesannya memberi kepastian yang tidak berubah-ubah. Penuaian membuktikan penaburan. Di sini tiada kepura-puraan dapat diterima. Manusia mungkin dapat menipu sesamanya dan dapat menerima pujian serta kompensasi atas pelayanan yang mereka tidak lakukan. Tetapi secara semulajadi, tidak ada penipuan.”4
“Ketika menuai, benih telah berlipat ganda. Sebutir gandum, jika ditanam berulang-ulang, akan memenuhi seluruh ladang dengan berkas emas. Begitu juga pengaruh penyebaran oleh satu kehidupan, walaupun satu tindakan.”5
Komen lebih lanjut tentang mukjizat penggandaan roti dan ikan, Kita membaca dalam Roh Nubuat: “Dalam tindakan Kristus memenuhi keperluan jasmani banyak orang yang lapar, terbungkus dengan pelajaran rohani yang mendalam bagi semua pekerja-Nya. Kristus menerima dari Bapa; Dia membagikan kepada murid-murid; mereka membagikannya kepada orang banyak; dan orang-orang satu sama lain; Jadi semua orang yang bersatu dengan Kristus akan menerima dari-Nya roti kehidupan, makanan surgawi, dan membagikannya kepada orang lain.”6
Kelaparan yang Yesus bicarakan dapat difahami dengan cara yang lebih luas. Banyak orang di sekeliling kita haus akan keadilan, kedamaian, kasih, dan harapan. Gereja mempunyai misi untuk menjadi sumber makanan rohani dan penyuburan emosi bagi dunia dalam krisis. Rasul Yakobus menguatkan kebenaran ini dengan menekankan kepentingan iman yang disertai dengan tindakan nyata: “Jika seorang saudara atau saudari tidak mempunyai pakaian dan kekurangan makanan sehari-hari, dan seorang dari antara kamu berkata: Selamat jalan, kenakanlah kain panas dan makanlah sampai kenyang!, tetapi ia tidak memberikan kepadanya apa yang perlu bagi tubuhnya, apakah gunanya itu?”(Yakobus 2:15, 16), dalam surat pertamanya, Yohanes bertanya, “Barangsiapa mempunyai harta duniawi dan melihat saudaranya menderita kekurangan tetapi menutup pintu hatinya terhadap saudaranya itu, bagaimanakah kasih Allah dapat tetap di dalam dirinya?” (1 Yohanes 3:17).
Dunia saat ini penuh dengan "kerumunan orang yang lapar" yang mencari makna, kepunyaan dan harapan. Gereja dipanggil untuk menjadi komuniti yang murah hati, bersedia untuk berkongsi roti kehidupan dan membawa perkabaran Kristus yang mengubah.
Sangat mudah untuk merasa terharu dengan peningkatan masalah global seperti kelaparan. Bagaimana kita, dengan sumber yang terbatas, dapat membuat perubahan dalam menghadapi masalah yang begitu besar? Kisah tentang penggandaan roti mengingatkan kita bahawa, di tangan Kristus, walaupun sedikit yang kita miliki dapat digandakan untuk melayani banyak orang.
“Berkat-berkat, baik jasmani maupun rohani, akan menyertai mereka yang memberikan kepada yang memerlukan apa yang mereka terima dari Guru. Yesus melakukan mukjizat untuk memberi makan lima ribu orang yang lelah dan lapar. Dia memilih tempat yang menyenangkan untuk menampung orang banyak dan menyuruh mereka untuk duduk. Lalu Dia mengambil lima roti dan dua ikan kecil itu. Tidak diragukan lagi, banyak komen menyatakan bahawa mustahil untuk memuaskan lima ribu orang lelaki yang lapar, tidak termasuk perempuan dan kanak-kanak, dari persediaan makanan yang sedikit itu. Tetapi Yesus mengucap syukur dan meletakkan makanan itu ke tangan-tangan para murid untuk diagihkan. Mereka memberikannya kepada orang banyak, dan makanan itu semakin banyak di tangan mereka. Dan setelah orang banyak itu kenyang, murid-murid itu pun duduk dan makan bersama dengan Kristus, yang telah dilimpahkan dari syurga. Inilah pelajaran berharga bagi setiap pengikut Kristus.”7
Sama seperti murid-murid Yesus pada masa lalu, Tuhan berharap menggunakan kita sebagai alat untuk menyampaikan berkat-berkat-Nya. "Murid-murid adalah saluran penghubung antara Kristus dan orang-orang. Ini seharusnya menjadi dorongan besar bagi murid-murid-Nya hari ini. Kristus adalah pusat agung, sumber segala kekuatan. Murid-murid-Nya harus menerima bekalan mereka daripada-Nya. Yang paling cerdas, yang paling berfikiran rohani, hanya dapat memberi ketika mereka menerima. Dengan diri mereka sendiri, mereka tidak dapat memenuhi keperluan jiwa-jiwa. Kita hanya dapat memberikan apa yang kita terima daripada Kristus; dan kita hanya dapat menerima saat kita memberi kepada orang lain. Sementara kita terus memberi, kita terus menerima; dan semakin banyak yang kita memberi, semakin banyak yang akan kita terima. Maka, kita dapat terus-menerus percaya, yakin, menerima dan memberi”8
Institusi Kristian, misionari dan sukarelawan di seluruh dunia telah pun menjalani kenyataan ini dengan mendedikasikan hidup mereka untuk memenuhi keperluan orang-orang yang paling lemah. Daripada program makanan untuk orang-orang yang kelaparan hinggalah kepada projek-projek yang menawarkan pendidikan, kesihatan dan perawatan asas, inisiatif-inisiatif ini mencerminkan kasih Kristus dalam tindakan. Apa yang kelihatan kecil di mata kita dapat menjadi permulaan kepada pekerjaan besar di tangan Tuhan. Kita tidak perlu menunggu sehingga kita berkelimpahan; apa yang kita miliki hari ini dapat menjadi alat dalam tangan Kristus untuk menyelesaikan perkara yang mustahil.
Permintaan Kristus kepada murid-murid-Nya terus bergema hari ini. Dia mengundang kita untuk menjadi sebahagian daripada pekerjaan penebusan-Nya di dunia, terutamanya dalam konteks global yang sangat memerlukan. Kelaparan, baik fizikal atau rohani, masih menimpa berbilion-bilion orang, dan orang Kristian dipanggil untuk menjadi jawapan Tuhan kepada keperluan ini.
Seruan untuk bertindak ini dapat dimulakan dengan tindakan kecil: kata-kata semangat, sumbangan kepada mereka yang memerlukan, atau bahkan dengan mendirikan pusat bantuan sosial di gereja-gereja kita yang berusaha memenuhi keperluan fizikal dan rohani masyarakat kita. Kita tidak boleh mengabaikan betapa mendesaknya kelaparan dunia, tetapi sebagai murid Kristus, kita dicabar untuk bertindak dengan belas kasihan dan kemurahan hati.
“Yesus tidak berusaha untuk menarik banyak orang kepada-Nya dengan memuaskan keinginan untuk kemewahan. Bagi kumpulan besar itu, yang lelah dan lapar setelah sepanjang hari dan menggembirakan, makanan yang sederhana itu adalah jaminan kuasa-Nya dan pemeliharaan-Nya yang lembut bagi mereka dalam memenuhi keperluan hidup sehari-hari. Juruselamat tidak menjanjikan para pengikut-Nya kemewahan dunia; nasib mereka mungkin terhimpit oleh kemiskinan; tetapi firman-Nya dijanjikan bahawa keperluan mereka akan disediakan, dan Dia telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada kebaikan duniawi—penghiburan abadi dari kehadiran-Nya sendiri.
“Setelah orang banyak kenyang, masih banyak makanan yang tersisa. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, ‘Kumpulkanlah potongan-potongan yang lebih supaya tidak ada yang terbuang.’ Yohanes 6:12. Kata-kata ini lebih bermakna daripada memasukkan makanan ke dalam bakul. Pelajarannya ada dua. Tiada yang boleh disia-siakan. Kita tidak boleh menyia-nyiakan kelimpahan sementara. Kita tidak boleh mengabai apa pun yang bermanfaat bagi manusia. Biarlah dikumpulkan segala sesuatu yang dapat meringankan keperluan orang-orang yang lapar di bumi. Dengan kehati-hatian yang sama kita harus menghargai roti dari syurga untuk memenuhi keperluan jiwa. Dengan setiap firman Tuhan, kita hidup. Tiada satu pun firman Tuhan yang boleh hilang. Tiada satu perkataan pun yang berkaitan dengan keselamatan kekal kita abaikan. Tiada satu firman pun yang jatuh ke tanah dengan sia-sia.”9
“Murid-murid membawa kepada Yesus semua yang mereka miliki; tetapi Dia tidak mengundang mereka makan. Dia menyuruh mereka untuk melayani kepada orang banyak. Makanan berlipat ganda di tangan-Nya, dan tangan-tangan para murid dihulur kepada Kristus, tidak pernah merasa kekurangan. Persediaan kecil itu cukup untuk semua orang. Apabila orang banyak sudah kenyang, murid-murid makan bersama Yesus makanan yang berharga, yang disediakan syurga.
“Ketika kita melihat keperluan orang miskin, orang yang tidak berpengetahuan, orang yang menderita, betapa sering hati kita kecewa. Kita mempersoalkan, ‘Apa gunanya kekuatan kita dan sumber yang terbatas untuk membekalkan keperluan yang mendesak ini? Tidakkah kita akan menunggu seseorang yang lebih berkemampuan untuk melakukan pekerjaan ini, atau suatu organisasi untuk melaksanakannya?’ Kristus berkata, ‘Berilah mereka makan.’ Gunakan sarana, masa, kemampuan yang kamu miliki. Bawalah roti jelaimu kepada Yesus.
“Walaupun sumber kamu mungkin tidak mencukupi untuk memberi makan ribuan orang, mungkin cukup untuk satu orang. Di tangan Kristus, mereka dapat memberi makan banyak orang. Seperti murid-murid, berikanlah apa yang kamu ada. Kristus akan melipatgandakan pemberian itu. Dia akan memberkati pemberian yang jujur ??dan sederhana kepada-Nya. Yang kelihatannya hanya sedikit akan terbukti menjadi pesta yang melimpah.”10
“Berilah mereka makan” bukan sekadar ajakan untuk beramal, tetapi panggilan untuk bertanggungjawab. Yesus menunjukkan bahawa kita tidak perlu mempunyai kelimpahan yang banyak untuk melakukan perubahan; kita hanya perlu menyerahkan apa yang kita ada ke dalam tangan-Nya. Sebagaimana roti dan ikan dilipat gandakan, Kristus juga dapat melipatgandakan usaha dan sumber kita untuk memberi makan orang-orang yang lapar di sekeliling kita secara rohani dan jasmani.
Dalam dunia ini di mana jutaan orang menderita kelaparan, gereja harus terus menanggapi panggilan ini dengan belas kasihan, sebagai pantulan kasih Kristus terhadap masyarakat yang sangat memerlukan perhatian dan harapan.