Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
Sabat, 4 April 2026 PELAJARAN 1
Pengenalan kepada Nubuatan AYAT HAFALAN: ”Dengan demikian kami makin diteguhkan oleh firman yang telah disampaikan oleh para nabi. Alangkah baiknya kalau kamu memperhatikan pelita yang bercahaya di tempat yang gelap sampai fajar menyinsing dan bintang timur terbit bersinar di dalam hatimu." (2 Petrus 1:19)
Cadangan Bacaan:   The Great Controversy, pp. 593–602
“Sejarah dan nubuatan bersaksi bahawa Tuhan seluruh bumi mengungkapkan rahsia-rahsia melalui pembawa terang pilihan-Nya kepada dunia.”—Bible Training School, December 1, 1912.

1. FIKIRAN TIDAK TERBATAS AHAD , 29 MAC
a. Apakah yang hanya dapat dilihat oleh Tuhan? Yesaya 46:9, 10. “AKU ADALAH bermaksud hadirat yang kekal; masa lalu, sekarang, dan masa depan adalah sama bagi Tuhan. Dia melihat peristiwa-peristiwa paling jauh dalam sejarah masa lalu, dan masa de-pan yang jauh dengan visi yang jelas sebagaimana kita melakukan hal-hal yang berlaku setiap hari. ”—The SDA Bible Commentary, vol. 1, p. 10991. b. Apakah yang Tuhan kita lakukan dengan pengetahuan ini? Daniel 2:20–22. “Di atas segala gangguan dunia [Tuhan] bersemayam di atas takhta; segala sesuatu terbuka kepada pemeriksaan ilahi-Nya; dan dari kekekalan-Nya yang agung dan tenang Dia memerintahkan apa yang menurut kebijaksanaan-Nya adalah yang terbaik.”—The Ministry of Healing, p. 417.“Dalam catatan tahunan sejarah manusia, pertumbuhan bangsa-bangsa, kebangkitan dan ke-jatuhan kerajaan-kerajaan, kelihatan seolah-olah bergantung pada kehendak dan kekuatan manu-sia; pembentukan peristiwa kelihatannya, sebahagian besar, ditentukan oleh kekuasaan, cita-cita, atau keinginan manusia. Tetapi dalam firman Tuhan, tirai itu disingkirkan, dan kita melihat, di atas, di belakang, dan melalui semua permainan dan kuasa manusia, dan melalui semua permainan dan pertentangan antara kepentingan kekuasaan, dan nafsu manusia, yang merupakan kekuatan dari Yang Maha Pengasih, secara senyap, dan sabar melaksanakan rencana-rencana menurut ke-hendak-Nya sendiri.”—Prophets and Kings, pp. 499, 500.

2. RAHASIA TERUNGKAP ISNIN , 30 MAC
a. Apakah yang Tuhan lakukan apabila bersedia untuk melaksanakan kehendak-Nya di bumi? Amos 3:7; Wahyu 1:1. “‘Tuhan ALLAH tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan keputusan-Nya kepada ham-ba-hamba-Nya, para nabi.’ Sementara ‘hal-hal yang tersembunyi ialah bagi Tuhan, Allah kita,’ ‘hal-hal yang dinyatakan ialah bagi kita dan bagi anak-anak kita sampai selama-lamanya.’ Amos 3:7; Ulangan 29:29. Tuhan telah memberikan perkara-perkara ini kepada kita, dan berkat-Nya akan me-nyertai pembelajaran kitab suci nubuatan dengan penuh hormat dan doa.”—The Desire of Ages, p. 234. b. Mengapakah Tuhan memberikan perkhabaran seperti itu kepada kita? 1 Yohanes 3:1; Yohanes 1:12; Kolose 1:25–28. “Alkitab adalah sebuah buku yang luar biasa. Alkitab adalah sejarah yang membukakan kepada kita sejarah berabad-abad yang lalu. Tanpa Alkitab, kita hanya akan bergantung kepada sangkaan dan dongeng-dongeng mengenai peristiwa-peristiwa pada masa lalu. Nubuatanlah yang menyingkapkan masa depan. Firman Tuhan yang menyingkapkan kepada kita rencana kesela-matan, menunjukkan jalan bagi kita untuk melepaskan diri dari kematian kekal dan memperoleh kehidupan kekal. Daripada semua buku yang membanjiri dunia, betapapun berharganya, Alkitab adalah Kitab dari segala buku, yang paling layak kita pelajari dan kagumi. Kitab bukan sahaja mem-berikan sejarah dunia ini tetapi penerangan tentang dunia yang akan datang. Alkitab mengandungi pengajaran mengenai keajaiban alam semesta, ia mengungkapkan kepada pemahaman kita sifat Pencipta langit dan bumi. Di dalamnya terdapat wahyu Allah kepada manusia.” —The Signs of the Times, January 30, 1893. c. Apakah pengetahuan yang paling penting untuk kita cari? Yeremia 9:23, 24; Yohanes 17:3; Efesus 3:17–19. “Dalam firman Tuhan, pikiran menemukan subjek bahasan untuk pemikiran yang paling dalam, cita-cita tertinggi. Di sini kita boleh bersekutu dengan para bapa leluhur dan para nabi, dan mendengar suara Yang Maha Kekal ketika Dia berbicara dengan manusia. Di sini kita melihat Keagungan syurga ketika Dia merendahkan diri-Nya untuk menjadi pengganti dan penjamin kita untuk menghadapi kuasa kegelapan seorang diri dan meraih kemenangan bagi kita. Perenungan yang penuh hormat terhadap tema-tema seperti ini pasti melembutkan, memurnikan, dan memuliakan hati, dan, pada masa yang sama, untuk membangkitkan fikiran dengan kekuatan dan semangat ba-ru.”—Testimonies for the Church, vol. 5, p. 25.

3. MEMAHAMI FIRMAN SELASA , 31 MAC
a. Apakah bantuan yang kita perlukan untuk memahami Kitab Suci, termasuk nubuatan? Yohanes 16:7–13. “Tuhan bermaksud bahawa, walaupun dalam kehidupan ini, kebenaran akan sentiasa ter-ungkap kepada umat-Nya. Hanya ada satu cara untuk memperolehi pengetahuan ini. Kita dapat memahami firman Tuhan hanya melalui penerangan Roh Kudus yang dengannya firman itu diberi-kan.”—Testimonies for the Church, vol. 5, p. 703.“Alkitab tidak boleh dipelajari tanpa doa. Sebelum membuka halamannya, kita harus memo-hon pencerahan Roh Kudus, dan itu akan diberikan. Ketika Natanael datang kepada Yesus, Ju-ruselamat berseru, ‘Lihat, inilah seorang Israel sejati, tidak ada kepalsuan di dalamnya!’ Kata Natanael, ‘Bagaimana Engkau mengenal aku?’ Jawab Yesus, ‘Sebelum Filipus memanggil engkau, Aku telah melihat engkau di bawah pohon ara.’ Yohanes 1:47, 48. Dan Yesus juga akan melihat kita di tem-pat-tempat yang tersembunyi jika kita mencari Dia untuk memperoleh terang agar kita dapat menge-tahui kebenaran. Malaikat-malaikat dari dunia terang akan bersama mereka yang dengan rendah hati mencari petunjuk ilahi.”—Steps to Christ, p. 91. b. Mengapakah penting untuk tidak sembarangan mengikut pendapat kita sendiri ketika mempelajari nubuatan? 2 Petrus 1:19–21. “Dalam pembelajaran kamu tentang firman, tinggalkan prasangka kamu dan idea-idea turun-temurun yang telah kamu tanamkan di pintu hatimu. Kamu tidak akan pernah mencapai kebenaran jika kamu mempelajari Kitab Suci untuk mempertahankan pendapat kamu sendiri. Ting-galkan semua ini di luar pintu, dan dengan hati yang penuh penyesalan, masuklah untuk mendengarkan apa yang Tuhan ingin sampaikan kepadamu. Ketika pencari kebenaran yang rendah hati duduk di kaki Kristus, dan belajar tentang Dia, firman itu memberinya pengertian. Kepada mereka yang terlalu bijak dalam kesombongan mereka sendiri sehingga tidak mahu mempelajari Alkitab, Kristus berkata, Kamu harus menjadi lemah lembut dan rendah hati jika kamu ingin menjadi bijak untuk memperoleh keselamatan.Jangan membaca firman berdasarkan pendapat-pendapat lama; tetapi, dengan fikiran yang bebas daripada prasangka, selidiki dengan teliti dan berdoa. Jika, saat kamu membaca, keyakinan datang, dan kamu melihat bahawa pendapat-pendapat yang kamu hargai tidak selaras dengan firman, jangan mencuba menyesuaikan firman dengan pendapat-pendapat ini. Sesuaikan pendapat-pendapat kamu dengan firman. Jangan biarkan apa yang kamu percaya atau amalkan pada masa lalu mengendali pemahamanmu. Bukalah mata fikiranmu untuk melihat hal-hal menakjubkan yang berasal dari hukum. Carilah apa yang tertulis, lalu letakkan kakimu di atas Batu yang kekal.”—Messages to Young People, p. 260.

4. BARIS DEMI BARIS RABU , 1 APRIL
a. Bagaimanakah Tuhan menyampaikan firman-Nya, dan bagaimana kita harus mempelajarinya? Yesaya 28:9, 10. “Bukti kebenaran firman Tuhan adalah dalam firman itu sendiri. Kitab Suci adalah kunci yang membuka kunci kitab suci. Makna yang mendalam dari kebenaran firman Tuhan diungkapkan kepada fikiran kita oleh Roh-Nya.”—Testimonies for the Church, vol, 8, p. 157.“Tidak seorang pun yang ada perasaan untuk menghargai pengajarannya dapat membaca sa-tu bahagian dari Alkitab tanpa memperoleh pemikiran yang bermanfaat daripadanya. Tetapi pengajaran Alkitab yang paling berharga bukanlah diperolehi dengan belajar sekali-sekala atau ter-putus-putus. Sistem kebenaran yang agung tidak disampaikan sedemikian rupa sehingga dapat difahami oleh pembaca yang terburu-buru atau sembarangan. Banyak kekayaannya tersembunyi jauh di dalamnya, dan hanya dapat diperolehi dengan penelitian yang tekun dan usaha yang berte-rusan. Kebenaran-kebenaran yang akan membentuk keseluruhan yang agung harus diteliti dan dik-umpulkan, ‘tambah ini, dan tambah itu!.’ Yesaya 28:10.“Ketika diteliti dan dikumpulkan, mereka akan menemukan bahawa semuanya saling berkaitan antara satu sama lain. Setiap Injil merupakan pelengkap bagi injil yang lain, setiap nubuatan meru-pakan penjelasan bagi nubuatan lainnya, setiap kebenaran merupakan perkembangan dari kebenaran lain. Jenis-jenis ekonomi Yahudi dinyatakan dengan jelas oleh Injil. Setiap prinsip dalam firman Tuhan ada tempatnya, setiap fakta ada kaitannya. Dan struktur keseluruhannya, dalam reka bentuk dan pelaksanaannya, memberikan kesaksian tentang Pencipta. Struktur sedemikian hanya dapat dibayangkan atau dibentuk oleh fikiran Yang Maha Tidak Terbatas.”—Education, pp. 123, 124. b. Mengapakah setiap bahagian Alkitab itu penting? Matius 4:4, Lukas 24:27. “Kita tidak sepatutnya mengambil kesaksian orang siapa pun tentang apa yang diajarkan Kitab Suci, tetapi hendaklah kita sendiri yang mempelajari firman Tuhan. . . . Fikiran akan berkembang jika digunakan dalam menelusuri hubungan antara subjek-subjek dalam Alkitab, membandingkan ayat dengan ayat dan hal-hal rohani dengan kerohanian. . . .“Kita tidak dapat memperoleh hikmat tanpa perhatian yang sungguh-sungguh dan pembelaja-ran yang disertai doa. Beberapa bahagian Kitab Suci memang terlalu jelas untuk disalahfahami, tetapi ada bahagian lain, yang maknanya susah difahami untuk dilihat sekilas pandang. Ayat alkitab harus dibandingkan dengan ayat alkitab yang lain. Perlu ada pembelajaran yang teliti dan perenungan dengan penuh doa. Dan pembelajaran demikian akan berhasil dengan berlimpah. Sebagaimana pelombong menemukan urat-urat logam berharga yang tersembunyi di bawah permukaan bumi, demikian pula orang yang dengan tekun menyelidiki firman Tuhan seperti mencari harta tersembunyi akan menemukan kebenaran yang paling berharga, yang tersembunyi dari pandangan pencari yang lalai. Kata-kata inspirasi, direnungkan dalam hati, akan menjadi seperti sungai yang mengalir dari mata air kehidupan.”—Steps to Christ, pp. 89–91.

5. BELAJAR DENGAN BIJAKSANA KHAMIS , 2 APRIL
a. Bagaimanakah sikap dan pilihan kita mempengaruhi kemampuan kita untuk memahami maksud nubuatan itu? Daniel 12:10; 2 Timotius 3:1–8. “Semangat yang kamu bawa ketika menyelidiki Kitab Suci akan menentukan sifat pembantu di sisimu. Malaikat dari dunia terang akan bersama mereka yang dalam kerendahan hati mencari bimb-ingan ilahi. Tetapi jika Alkitab dibuka dengan sikap tidak hormat, merasakan diri cukup, jika hati di-penuhi dengan prasangka, Setan berada di sampingmu, dan dia akan memutarbalikkan pernyataan firman Tuhan yang jelas.” —Testimonies to Ministers, p. 108.“Setan telah menyebabkan ramai orang percaya bahawa bahagian-bahagian nubuatan dalam tulisan Daniel dan Yohanes penyingkap wahyu tidak dapat difahami. Tetapi janjinya jelas bahawa berkat istimewa akan menyertai pembelajaran nubuatan-nubuatan ini.”—Prophets and Kings, p. 547. b. Jelaskan kepentingan penerapan kebenaran secara peribadi. Wahyu 22:7; Matius 7:24–27; Yohanes 7:17. “Orang yang lemah lembut dibimbing oleh Tuhan, kerana mereka mudah diajar, bersedia untuk diajar. Mereka mempunyai keinginan yang tulus untuk mengetahui dan melakukan kehendak Tuhan. Janji Juruselamat ialah, ‘Barangsiapa mau melakukan kehendak-Nya, ia akan tahu ajaran itu.’ Yo-hanes 7:17. Dan Dia menyatakan melalui rasul Yakobus, ‘Tetapi apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia memintakannya kepada Allah,-- yang memberikan kepada semua orang dengan murah hati dan dengan tidak membangkit-bangkit; -- maka hal itu akan diberikan kepadanya.’ Yakobus 1:5. Namun janji-Nya hanya kepada mereka yang bersedia mengikuti Tuhan sepenuhnya.”—Patriarchs and Prophets, p. 384.“Jika kamu ingin mengetahui rahasia kesalehan, kamu harus mengikuti firman kebenaran yang jelas—baik ada perasaan atau tidak, emosi atau tidak. Ketaatan harus diberikan berdasarkan prinsip, dan hak itu mesti diperjuangkan dalam semua keadaan.”—Fundamentals of Christian Education, p. 125.

SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT , 3 APRIL
1. Dari segi pengetahuan, bagaimanakah Tuhan membezakan diriNya dari semua makhluk lain? 2. Apakah yang Tuhan nyatakan kepada kita dalam tulisan para nabi, dan mengapa? 3. Ketika kita membuka Firman Tuhan, untuk bantuan apakah kita harus berdoa? 4. Seberapa besar usaha yang harus saya laburkan dalam mempelajari Alkitab? 5. Adakah saya bersedia untuk menerapkan apa yang saya temui dalam Firman Tuhan?
 <<    >>