Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
Persembahan Sabat Pertama Sabat, 2 Mei 2026 untuk Misi Dunia Pada Sesi Delegasi Persidangan Agung ke-24, banyak Misi baru yang baru saja dibuka telah diwakili di sana. Kami sangat bersukacita atas kemajuan ini dalam perjuangan kebenaran masa kini, dan pastinya kami berharap untuk membuka lebih banyak lagi Unit seperti itu, kerana seluruh dunia akan diterangi dengan kemuliaan Tuhan. Terdapat lebih daripada satu cara untuk bekerjasama dalam pekerjaan menyelamatkan jiwa yang menakjubkan ini di tempat baharu. "Sebab barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan akan diselamatkan. Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepada-Nya, jika mereka tidak percaya kepada Dia? bagaimana mereka dapat percaya kepada Dia, jika mereka tidak mendengar tentang Dia. Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika tidak ada memberitakan-Nya? Dan bagaimana mereka dapat memberitakan-Nya, jika mereka tidak diutus?" (Roma 10:13–15, bahagian pertama). Baik para pekerja mau pun mereka yang membiayai pekerjaan tersebut harus berkorban dengan berbagai cara demi menyelamatkan domba-domba yang hilang. “Jika semua dalam barisan kita tahu betapa sukarnya pada tahun-tahun sebelumnya untuk membangun pekerjaan di tempat-tempat yang kemudiannya menjadi pusat-pusat penting, mereka akan menyedari bahawa diperlukan keberanian untuk menghadapi situasi yang tidak menjanjikan dan untuk menyatakan, dengan tangan terangkat ke syurga: ‘Kami tidak akan gagal dan tidak akan berputus asa.’ Mereka yang belum merintis di bidang baru dan sukar tidak menyedari kesu-karan pekerjaan perintis. Jika mereka dapat memahami cara pekerjaan Tuhan, mereka bukan sa-haja bersukacita kerana apa yang telah dilakukan, tetapi mereka akan melihat alasan untuk ber-sukacita di masa depan pekerjaan itu. “Saudara-saudaraku, tidak ada alasan untuk berputus asa. Benih yang baik sedang ditabur-kan. Tuhan akan menjaganya, menyebabkannya bertumbuh dan menghasilkan tuaian yang ber-limpah. Ingatlah bahawa banyak usaha untuk menyelamatkan jiwa, yang pada awalnya, telah dijalankan di tengah-tengah kesukaran yang besar." —Testimonies for the Church, vol.7, p.242. “Setiap dolar yang kita miliki adalah milik Tuhan. Daripada menghabiskan wang untuk hal-hal yang sia-sia, kita harus melaburkannya dalam menjawab panggilan pekerjaan misionari. “Sementara ladang-ladang baharu dibuka, permintaan untuk bantuan akan sentiasa meningkat.” —Historical Sketches, p. 293. Oleh itu, Persembahan Sabat Pertama hari ini akan dikumpulkan untuk Misi Dunia, dana penting yang sangat diperlukan sekarang. Semoga Tuhan memberkati setiap pemberi untuk mem-beri dengan sukacita dengan penyangkalan diri dan iman—dan membalas setiap orang secara ber-gilir. Saudara-saudara Anda dari Konferens Umum
 <<    >>