Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
Sabat, 2 Mei 2026 PELAJARAN 5
Pengganti Kerajaan-Kerajaan AYAT HAFALAN: “Adapun penglihatan tentang petang dan pagi itu, apa yang dikatakan tentang itu adalah benar. Tetapi engkau, sembunyikanlah penglihatan itu, sebab hal itu mengenai masa depan yang masih jauh.” (Daniel 8:26).
Cadangan Bacaan:   The Great Controversy, pp. 423–432
“Setiap bangsa. . . telah mempunyai tempoh ujiannya; masing-masing telah gagal, kejayaannya memudar, kekuasaannya hilang.” —Prophets and Kings, p. 535.

1. DOMBA JANTAN MENJADI HEBAT AHAD , 26 APRIL
a. Menjelang akhir kekuasaan Babilon, apakah yang dilihat Daniel? Daniel 8:1, 2. b. Jelaskan tingkah laku binatang pertama yang muncul dan menjadi hebat. Daniel 8:3, 4. c. Bagaimanakah malaikat menafsirkan domba jantan yang dilihat Daniel? Daniel 8:19, 20. “Dalam penglihatan nabi [Allah] terlihat menjatuhkan seorang penguasa yang perkasa, dan mendirikan kerajaan yang lain. Dia dinyatakan sebagai raja alam semesta, yang akan mendirikan kerajaan-Nya yang kekal—Yang Maha Lanjut Usia, Tuhan yang hidup, Sumber segala hikmat, Pen-guasa masa kini, Penyingkap masa depan.” —The SDA Bible Commentary, vol. 4, p. 11664.“Dari kebangkitan dan kejatuhan bangsa-bangsa seperti yang dinyatakan dalam kitab Daniel dan Wahyu, kita perlu belajar betapa tidak berharganya kemuliaan lahiriah dan duniawi sema-ta-mata. Babilon, dengan segala kekuasaan dan kemegahannya, yang sepertinya belum pernah disaksikan oleh dunia kita sejak saat itu—kekuasaan dan keagungan yang bagi orang-orang pada zaman itu kelihatan begitu stabil dan kekal—betapa ia telah berlalu sepenuhnya! Seperti 'bunga rumput,' ia telah binasa. Demikianlah binasanya kerajaan Medo-Persia, dan kerajaan Yunani dan Rom. Dan demikianlah kebinasaan segala yang tidak mempunyai Tuhan sebagai dasarnya.” —Prophets and Kings, p. 548.

2. KAMBING “MEMBESARKAN DIRI” ISNIN , 27 APRIL
a. Apakah kekuasaan baru yang datang untuk menentang Medo-Persia? Daniel 8:5, 21. b. Jelaskan kekuasaan penaklukan raja kerajaan baru ini. Daniel 8:6, 7. “Kekuasaan yang digunakan oleh setiap penguasa di bumi dikurniakan oleh Surga; dan ke-jayaannya bergantung kepada penggunaan kuasa yang diberikan. Kepada setiap orang firman Pengawas ilahi adalah, ‘Aku telah mempersenjatai engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku.’ Yesaya 45:5. Dan kepada setiap orang kata-kata yang diucapkan kepada Nebukadnezar masa lalu adalah pelajaran kehidupan: ‘Lepaskanlah diri tuanku daripada dosa dengan melakukan keadilan, dan dari pada kesalahan dengan menunjukkan belas kasihan terhadap orang yang tertindas; dengan demikian kebahagiaan tuanku akan dilanjutkan.’ Daniel 4:27. “Untuk memahami perkara-perkara ini—untuk memahami bahawa ‘kebenaran meninggikan derajat bangsa;’ bahawa ‘takhta menjadi kokoh oleh kebenaran’ dan ‘menopang takhtanya’ (Amsal 14:34; 16:12; 20:28); untuk mengenali pelaksanaan prinsip-prinsip ini dalam pernyataan kuasa-Nya yang ‘memecat raja dan mengangkat raja’ (Daniel 2:21) —inilah yang dimaksudkan dengan memahami falsafah sejarah.“Hanya dalam firman Tuhan ini dinyatakan dengan jelas. Di sini ditunjukkan bahawa kekuatan bangsa-bangsa, seperti juga individu, tidak terdapat dalam kesempatan atau kemudahan yang kelihatan menjadikan mereka tidak dapat dikalahkan; juga tidak terdapat dalam kehebatan mereka yang dibanggakan. Itu diukur dari kesetiaan mereka dalam memenuhi tujuan Tuhan.” —Education, pp. 174, 175. c. Apakah yang berlaku kepada kerajaan Yunani ketika kerajaannya menjadi sangat hebat pada kemuncak kerjaya Alexander the Great? Daniel 8:8, 22. “ ‘Orang yang sabar,’ kata orang bijak, ‘melebihi daripada seorang pahlawan; dan orang yang menguasai dirinya, melebihi daripada orang yang merebut kota’. Lelaki atau perempuan yang men-jaga keseimbangan fikiran ketika tergoda untuk memanjakan nafsu, berdiri lebih tinggi di mata Tuhan dan para malaikat surgawi daripada jeneral paling terkenal yang pernah memimpin pasukan ber-perang dan meraih kemenangan. Seorang maharaja terkenal pernah berkata ketika berada dikatilnya yang hampir mati, ‘Di antara semua penaklukan saya, hanya ada satu yang memberikan saya penghiburan sekarang, dan itulah penaklukan yang telah ku perolehi mengatasi atas badai kema-rahanku.’ Alexander dan Caesar merasa lebih mudah untuk menaklukkan dunia daripada menaklukkan diri mereka sendiri. Setelah menakluk bangsa demi bangsa, mereka jatuh—salah satunya adalah ‘mangsa ketidakmampuan mengawal diri, yang lainnya kerana cita-cita yang melampau.’ ” —Child Guidance, pp. 95, 96.

3. “MELEBIHI YANG HEBAT” SELASA , 28 APRIL
a. Apakah kekuasaan baru yang digambarkan akan mengambil alih kerajaan Yunani yang terpecah? Daniel 8:9, 23. b. Jelaskan tindakan Rom—kedua-dua pagan dan paus—yang dilihat Daniel dalam penglihatan. Daniel 8:10–12, 24. “Kepausan telah menjadi penguasa dunia. Raja-raja dan maharaja tunduk kepada surat ketetapan paus Roma. Nasib manusia, baik untuk masa mahupun untuk kekekalan, kelihatan di bawah kawalannya. . . . Tetapi 'waktu siang bagi kepausan adalah tengah malam bagi dunia. . . .’ Selama berabad-abad Eropah tidak mengalami kemajuan dalam bidang pembelajaran, seni, atau budaya. Kelumpuhan moral dan intelektual telah menimpa dunia Kristian.” —The Great Controversy, p. 60.“Sebagaimana yang dinubuatkan oleh nubuatan, kekuasaan kepausan telah merendahkan kebenaran. Hukum Allah diinjak-injak, sementara tradisi dan kebiasaan manusia ditinggikan. Ger-eja-gereja yang berada di bawah kekuasaan kepausan sejak awal dipaksa untuk menghormati hari Ahad sebagai hari suci. Di tengah-tengah kesalahan dan kepercayaan karut yang merajalela, banyak orang, bahkan umat Tuhan yang sejati, menjadi sangat bingung sehingga walaupun mereka memeli-hara hari Sabat, mereka juga menahan diri dari bekerja pada hari Minggu. Namun ini tidak memuas-kan hati para pemimpin kepausan. Mereka menuntut bukan sahaja hari Ahad dikuduskan, tetapi juga agar hari Sabat dinodai; dan mereka mengecam dalam bahasa yang paling keras bagi mereka yang berani menghormatinya. Hanya dengan melarikan diri dari kekuasaan Roma, seseorang dapat mematuhi hukum Tuhan dengan aman.” —Ibid., p. 65. c. Walaupun caranya licik, bagaimanakah kuasa ini dapat berakhir? Daniel 8:25. “Di tengah-tengah kesuraman yang menyelimuti bumi selama masa kekuasaan kepausan yang panjang, terang kebenaran tidak dapat dipadam sepenuhnya. Pada setiap zaman ada saksi-saksi bagi Allah—orang-orang yang menghargai iman kepada Kristus sebagai satu-satunya pengantara antara Tuhan dan manusia, yang menganggap Alkitab sebagai satu-satunya peraturan kehidupan, dan yang menguduskan hari Sabat yang sejati. Berapa besar dunia berhutang kepada orang-orang ini, generasi mendatang tidak akan pernah tahu. Mereka dicap sebagai golongan sesat, motif-motif mereka diragukan, sifat-sifat mereka difitnah, tulisan-tulisan mereka ditindas, disalahertikan, atau dirosakkan. Namun mereka tetap teguh, dan dari zaman ke zaman, mereka mempertahankan iman mereka dalam kemurniannya, sebagai warisan suci bagi generasi yang akan datang.” —Ibid., p. 61.

4. 2300 HARI RABU , 29 APRIL
a. Apakah perbualan (percakapan) yang didengar Daniel tentang jangka masa yang panjang yang diliputi oleh peristiwa penglihatan itu, dan apa yang akan terjadi pada akhir tempoh waktu itu? Daniel 8:13, 14. b. Apakah peristiwa aneh yang digambarkan oleh pembersihan bait suci, seperti yang digambarkan dalam hukum upacara, dan dinubuatkan dalam penglihatan Daniel? Imamat 23:27–32; 16:33, 34. “Dalam sistem biasa, yang merupakan bayangan pengorbanan dan keimamatan Kristus, pembersihan bait suci adalah pelayanan terakhir yang dilakukan oleh imam besar dalam putaran pelayanan tahunan. Itu adalah pekerjaan penutupan penebusan—penyingkiran atau penghapusan dosa daripada Israel. Itu merupakan pekerjaan penutupan dalam pelayanan Imam Besar kita di surga, iaitu penyingkiran atau penghapusan dosa-dosa umat-Nya, yang tercatat dalam catatan surgawi.” —The Great Controversy, p. 352.“Sebagaimana pada zaman dahulu dosa-dosa umat beriman diletakkan di atas korban penghapus dosa dan melalui darahnya dipindahkan, secara simbolik, ke bait suci duniawi, demikian juga dalam perjanjian baru dosa-dosa orang yang bertobat melalui iman ditempatkan di atas Kristus dan dipindahkan, sebenarnya, ke bait suci surgawi. Dan sebagaimana pembersihan bait suci duniawi biasanya dilakukan dengan penghapusan dosa-dosa yang telah mencemarinya, demikian juga pembersihan bait suci yang sesungguhnya harus dilakukan dengan penyingkiran, atau penghapusan, dosa-dosa yang tercatat di sana. Tetapi sebelum ini dapat dilaksanakan, harus ada pemeriksaan buku catatan untuk menentukan siapa yang, melalui pertobatan dosa dan iman kepada Kristus, berhak menerima berkat-berkat penebusan-Nya. Oleh itu, pembersihan bait suci melibatkan pekerjaan penyiasatan—suatu pekerjaan penghakiman. Pekerjaan ini harus dilakukan sebelum kedatangan Kristus untuk menebus umat-Nya; Sesungguhnya apabila Dia datang, Dia membawa upah-Nya untuk membalaskan kepada setiap orang menurut perbuatannya. Wahyu 22:12.” —Ibid., pp. 421, 422. c. Apakah yang dikatakan malaikat mengenai nubuatan 2300? Daniel 8:26 (bandingkan ayat 14, margin).

5. VISI SEBAHAGIANNYA DIFAHAMI KHAMIS , 30 APRIL
a. Apakah tugas yang diberikan oleh malaikat Gabriel kepada Daniel? Daniel 8:15–18. “Gabriel, malaikat yang kedudukannya sebaris dengan Anak Allah, yang datang membawa perkhabaran ilahi kepada Daniel. Gabriel, 'malaikat-Nya,' yang diutus Kristus untuk membuka masa depan bagi Yohanes yang dikasihi; dan berkat diucapkan kepada mereka yang membaca dan mendengarkan kata-kata nubuat itu, dan menuruti apa yang tertulis di dalamnya. Wahyu 1:3." —The Desire of Ages, p. 234. b. Walaupun penjelasan menyeluruh telah diberikan untuk banyak perincian lain, apakah reaksi Daniel setelah mendengar tentang nubuatan waktu 2300 hari? Daniel 8:27. “Melalui penglihatan yang lain, penjelasan lebih lanjut diberikan mengenai peristiwa-peristiwa di masa depan; dan pada akhir penglihatan ini, Daniel mendengar ‘seorang kudus lain berkata kepada yang berbicara itu, Sampai berapa lama berlaku penglihatan ini?’ Daniel 8:13. Jawapan yang diberi-kan, ‘Sampai lewat dua ribu tiga ratus petang dan pagi; lalu tempat kudus itu akan dipulihkan dalam keadaan yang wajar’ (ayat 14), membuatkannya bingung. Dia bersungguh-sungguh mencari maksud penglihatan itu. Dia tidak dapat memahami hubungan yang terjalin selama penawanan tujuh puluh tahun, sebagaimana yang dinubuatkan melalui Yeremia, hingga dua ribu tiga ratus tahun bahwa penglihatan yang didengarnya dari pengunjung surgawi itu harus terjadi sebelum pembersihan bait suci Allah. Malaikat Gabriel memberikan kepadanya sebahagian penafsiran; namun ketika nabi itu mendengar kata-kata, ‘Penglihatan itu . . . mengenai masa depan yang masih jauh,’ dia lelah dan jatuh sakit. 'Saya Daniel lelah,' dia mencatat pengalamannya, 'dan jatuh sakit beberapa hari lamanya; kemudian bangunlah aku, dan melakukan pula urusan raja; dan aku tercengang-cengang tentang penglihatan itu, tetapi tidak memahaminya.’ Ayat 26, 27.” —Prophets and Kings, p. 554.

SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT , 1 MEI
1. Apakah motif-motif yang sering mendorong pencapaian kekuasaan duniawi? 2. Apakah kecacatan ciri-ciri yang tidak diperbaiki yang menyebabkan tanduk kambing jantan yang aneh itu patah? 3. Bagaimanakah fasa pagan dan fasa kepausan serupa antara satu sama lain di Roma? 4. Apakah yang akan berlaku pada akhir 2,300 hari itu? 5. Bahagian manakah dalam penglihatan itu yang masih menjadi misteri bagi Daniel ketika dia lelah dan jatuh sakit?
 <<    >>