Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
Sabat, 9 Mei 2026 PELAJARAN 6
Penglihatan Dijelaskan AYAT HAFALAN: “Maka ketahuilah dan pahamilah, dari saat firman itu keluar, yakni bahwa Yerusalem akan dipulihkan dan dibangun kembali, sampai pada kedatangan seorang yang diurapi, seorang raja, ada tujuh kali tujuh masa, dan enam puluh dua kali tujuh masa lamanya kota itu akan dibangun kembali dengan tanah lapang dan paritnya, tetapi di ten-gah-tengah kesulitan.” (Daniel 9:25).
Cadangan Bacaan:   The Great Controversy, pp. 409–422
“Malaikat itu diutus kepada Daniel dengan tujuan khusus untuk menjelaskan kepadanya perkara yang gagal dia fahami dalam penglihatan pasal kelapan, pernyataan berkenaan dengan masa.” —The Great Controversy, p. 326.

1. MEMBACA UNTUK MEMAHAMI AHAD , 3 MEI
a. Sekitar masa penaklukan Babilon oleh bangsa Media dan Persia, apakah yang dipelajari oleh Daniel? Daniel 9:1, 2. “Sementara mereka yang tetap setia kepada Tuhan di tengah-tengah Babel sedang mencari Tuhan dan mempelajari nubuatan-nubuatan yang menubuatkan pembebasan mereka, Allah sedang mempersiapkan hati raja-raja untuk menunjukkan belas kasihan kepada umat-Nya yang bertobat.” —The SDA Bible Commentary, vol. 4, p. 11724. b. Jelaskan kepentingan nubuatan yang dibaca Daniel. Yeremia 25:8–14. c. Apakah yang disarankan oleh nubuatan Yeremia agar dilakukan oleh umat Tuhan? Yeremia 29:10–14. “Tulisan-tulisan Yeremia berada dalam jangkauan [orang-orang buangan], dan di dalamnya dinyatakan dengan jelas jangka waktu yang akan berlalu sebelum pemulihan Israel dari Babilon. . . . Perkenan akan ditunjukkan kepada sisa Yehuda, sebagai jawaban kepada doa yang sungguh-sungguh.” —Prophets and Kings, p. 552.

2. DOA DANIEL ISNIN , 4 MEI
a. Apakah yang Daniel lakukan sebagai respon terhadap apa yang dia baca? Daniel 9:3. “Dengan iman yang didasarkan pada firman nubuatan yang pasti, Daniel memohon kepada Tuhan agar janji-janji ini segera digenapi. Dia memohon agar kehormatan Tuhan tetap terpelihara. Dalam permohonannya, dia menyatakan dirinya sepenuhnya bersama mereka yang telah gagal mencapai tujuan ilahi, mengakui dosa-dosa mereka sebagai dosa-dosanya sendiri.” —Prophets and Kings, pp. 554, 555. b.Setelah membaca doa Daniel, apakah pemerhatian yang akan anda buat tentang bagaimana dia merendahkan diri dan memohon kepada Tuhan? Daniel 9:4–19. “Walaupun Daniel telah lama dalam pelayanan Tuhan, dan telah disebut oleh surga sebagai ‘yang sangat dikasihi,’ namun kini dia menghadap Allah sebagai seorang berdosa, mendesak akan keperluan besar orang-orang yang dikasihinya.” —Ibid., p. 555. c. Apakah yang menjadi perhatian khusus Daniel? Daniel 9:16, 17. “Selama hampir tujuh puluh tahun, Israel berada dalam tawanan. Tanah yang telah dipilih Allah sebagai milik-Nya sendiri diserahkan ke tangan bangsa-bangsa kafir. Kota yang dikasihi, penerima terang surga, yang dulunya merupakan sukacita seluruh bumi, kini dihina dan direndahkan. Bait Suci yang pernah menyimpan tabut perjanjian Allah dan kerub-kerub kemuliaan yang menaungi takhta pengampunan, telah hancur. Lokasinya sendiri dinodai oleh kaki-kaki yang tidak kudus. Orang-orang setia yang mengetahui kemuliaan terdahulu, dipenuhi dengan kesedihan atas kehancuran rumah suci yang telah membezakan Israel sebagai umat pilihan Allah. Orang-orang ini telah menjadi saksi kecaman Allah karena dosa-dosa umat-Nya. Mereka telah menjadi saksi penggenapan firman ini. Mereka juga telah menjadi saksi janji-janji kemurahan-Nya jika Israel kembali kepada Allah, dan berjalan dengan bijaksana di hadapan-Nya. Para peziarah yang lanjut usia, yang telah beruban pergi ke Yerusalem untuk berdoa di tengah-tengah reruntuhannya. Mereka mencium batu-batunya, dan membasahinya dengan air mata mereka, saat mereka memohon kepada Tuhan agar mengasihani Sion, dan menutupinya dengan kemuliaan kebenaran-Nya. Daniel tahu bahawa waktu yang ditetapkan bagi penawanan Israel hampir berakhir; namun dia tidak merasakan bahawa kerana Tuhan telah berjanji untuk membebaskan mereka, mereka sendiri tidak berperanan untuk bertindak. Dengan berpuasa dan bertobat dia mencari Tuhan, mengakui dosa-dosanya sendiri dan dosa-dosa umat itu.” —The SDA Bible Commentary, vol. 4, p. 11724.

3. SATU PENGUNJUNG SURGAWI SELASA , 5 MEI
a. Bagaimanakah doa Daniel terganggu? Daniel 9:20, 21. “Surga sedang tunduk mendengar permohonan sungguh-sungguh nabi. Bahkan sebelum dia menyelesaikan permohonannya untuk pengampunan dan pemulihan, Gabriel yang perkasa kembali menampakkan diri kepadanya.” —Prophets and Kings, p. 556.“Gabriel, malaikat yang kedudukannya di sebelah dengan Anak Allah, yang datang dengan perkabaran ilahi kepada Daniel. . . . Allah telah memberikan hal-hal ini kepada kita, dan berkat-Nya akan menyertai pembelajaran kitab suci kenabian dengan penuh hormat dan doa.” —The Desire of Ages, p. 234. b. Apakah tujuan kunjungan Gabriel, dan bagaimana hubungannya dengan penglihatan dalam Bab 8? Daniel 9:22, 23. “[Gabriel] mengingatkan dia kepada penglihatan yang dilihatnya sebelum kejatuhan Babel dan kematian Belsyazar.” —Prophets and Kings, p. 556.“Tuhan telah memerintahkan utusan-Nya: ‘Buatlah orang ini memahami penglihatan itu.’ Perintah itu harus dipenuhi. Sebagai ketaatan kepadanya, malaikat itu, beberapa lama kemudian, kembali kepada Daniel, dengan berkata, ‘Sekarang aku datang untuk memberi akal budi kepadamu untuk mengerti;’ ‘Jadi camkanlah firman itu dan perhatikanlah penglihatan itu.’ Daniel 8:27, 16; 9:22, 23, 25–27. Terdapat satu perkara penting dalam penglihatan bab 8 yang belum dijelaskan, iaitu, yang berkaitan dengan waktu—tempoh 2300 hari; kerana itu malaikat, dalam melanjutkan penjelasannya, terutama membahas tentang waktu.” —The Great Controversy, p. 325. c. Berapa lama tempoh waktu yang akan diperuntukkan bagi bangsa Yahudi, dan apakah yang akan dicapai selama waktu itu? Daniel 9:24. “Inti dari khotbah Kristus ialah, ‘Waktunya telah digenapi, Kerajaan Allah sudah dekat; berto-batlah dan percayalah kepada Injil.’ Dengan demikian, perkabaran Injil, sebagaimana yang disam-paikan oleh Juruselamat Sendiri, adalah berdasarkan nubuatan-nubuatan. ‘Waktu’ yang Dia nya-takan telah digenapi adalah tempoh yang diberitakan oleh malaikat Gabriel kepada Daniel. . . . Satu hari dalam nubuatan bermaksud setahun. Lihat Bilangan 14:34; Yehezkiel 4:6. Tujuh puluh minggu, atau empat ratus sembilan puluh hari, menunjukkan empat ratus sembilan puluh tahun.” —The Desire of Ages, p. 233.

4. PERMULAAN DIUNGKAPKAN RABU , 6 MEI
a. Apakah mandat diraja yang penting untuk menandakan permulaan tujuh puluh minggu? Daniel 9:25. “Perintah untuk memulih dan membangun Yerusalem, sebagaimana disempurnakan oleh dekrit Artaxerxes Longimanus (lihat Ezra 6:14; 7:1, 9, margin), mula berkuat kuasa pada musim gugur B.c. 457. Dari waktu ini, empat ratus lapan puluh tiga tahun berlanjutan hingga musim gugur A.d. 27.” —The Desire of Ages, p. 233. b. Jelaskan ketetapan yang tercantum dalam dekrit (perintah rasmi) yang menggenapi nu-buatan ini. Ezra 7:11–13, 21–27. “Tuhan. . . menggerakkan hati raja, sehingga Ezra mendapat kemurahan hati daripadanya. Raja memberikan kepadanya dana yang melimpah untuk membangun kembali bait suci, dan memung-kinkan orang Yahudi untuk kembali.” —The SDA Bible Commentary, vol. 3, p. 11343. c. Apa lagi yang dinubuatkan tentang pelayanan Mesias? Daniel 9:26 (bahagian pertama), 27 (bahagian pertama). “Menurut nubuatan, tempoh ini akan sampai kepada Mesias, Yang Diurapi. Pada a.d. 27, Yesus menerima pengurapan Roh Kudus saat pembaptisan-Nya, dan segera selepas itu memulakan pela-yanan-Nya. Kemudian perkabaran itu diberitakan. 'Waktunya telah genap.'“Kemudian, kata malaikat itu, ‘Raja itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa [tujuh tahun].’ Selama tujuh tahun setelah Juruselamat memulai pelayanan-Nya, Injil harus diberitakan terutamanya kepada orang Yahudi; selama tiga setengah tahun oleh Kristus sendiri; dan sesudah itu oleh para rasul. ‘Pada pertengahan tujuh masa itu Ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan.’ Daniel 9:27. Pada musim bunga a.d. 31, Kristus korban sejati telah dipersembahkan di Kalvari. Kemudian tabir bait suci terbelah dua, menun-jukkan bahawa kesucian dan makna upacara korban telah berakhir. Waktunya telah tiba bagi upacara korban dan persembahan duniawi dihentikan.Satu minggu—tujuh tahun—berakhir pada 34 M (a.d). Kemudian dengan merejam Stefanus, orang Yahudi akhirnya memeteraikan penolakan mereka terhadap Injil; murid-murid yang telah tercerai-berai kerana penganiayaan ‘menjelajah seluruh negeri itu sambil memberitakan injil’ (Kisah Para Rasul 8:4).” —The Desire of Ages, p. 233.

5. TUJUH PULUH MINGGU SELESAI KHAMIS , 7 MEI
a. Apakah tragedi yang akan berlaku selepas 490 tahun berakhir? Daniel 9:26 (bahagian akhir), 27 (bahagian akhir); Lukas 21:20. “Kesabaran Tuhan yang panjang terhadap Yerusalem hanya menguatkan ketidaktaatan orang-orang Yahudi yang degil (keras kepala). . . . [Saya] dalam kesombongan buta dan menghujat mereka [para pemimpin mereka] secara terbuka menyatakan bahawa mereka tidak takut Yerusalem dihancurkan, kerana itu adalah kota Tuhan sendiri. Untuk memperkasa kekuasaan mereka, mereka menyuap nabi-nabi palsu untuk menyampaikan, bahkan ketika pasukan Roma sedang mengepung bait suci, orang-orang tetap menunggu keselamatan daripada Tuhan. Hingga akhir, banyak orang berpegang teguh pada kepercayaan bahawa Yang Mahatinggi akan campur tangan untuk men-galahkan musuh-musuh mereka. Namun Israel telah menolak perlindungan ilahi, dan sekarang mereka tidak mempunyai pertahanan. Yerusalem sungguh malang! terkoyak oleh perpecahan dala-man, darah anak-anaknya terbunuh oleh tangan satu sama lain, jalan-jalannya berlumuran darah, sementara pasukan asing menghancurkan benteng-bentengnya dan membunuh para pasukan perangnya!” —The Great Controversy, pp. 28, 29. b. Setelah memahami bahagian pertama hari-hari tersebut, apakah yang kita dapat ketahui sekarang? Daniel 8:14; 9:24. “Setakat ini setiap spesifikasi (perincian) nubuatan telah digenapi secara jelas (menonjol), dan permulaan tujuh puluh minggu ditetapkan tanpa keraguan pada 457 S.M., dan berakhir pada 34 M. Dari data ini tidak ada kesukaran untuk menemukan akhir dari 2300 hari. Tujuh puluh minggu—490 hari—telah dipotong daripada 2300, sisa 1810 hari lagi. Setelah 490 hari berakhir, 1810 hari masih harus digenapi. Dari tahun 34 M, 1810 tahun berlanjutan hingga 1844. Maka 2300 hari dalam Daniel 8:14 berakhir pada tahun 1844. Pada akhir tempoh nubuatan agung ini, berdasarkan kesaksian malaikat Tuhan, ‘tempat kudus itu akan dipulihkan dalam keadaan yang wajar.’ Dengan demikian waktu penyucian bait suci . . . sudah pasti ditunjukkan.” —Ibid., p. 328.

SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT MEI 8
1. Walaupun Daniel sendiri seorang nabi, apakah yang ia ingin sekali fahami? 2. Mengapa Daniel menyertakan dirinya dalam doa-doa pertobatan atas dosa-dosa masa lalu Israel? 3. Bagaimanakah kita mengetahui secara tepat bahawa Daniel 9 menyelesaikan misteri (rahasia) dalam Daniel 8? 4. Jelaskan peristiwa yang menandakan permulaan nubuatan 490 tahun. 5. Jelaskan kehancuran Yerusalem, sebagaimana yang dinubuatkan oleh Daniel dan Yesus.
 <<    >>