Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
Sabat, 6 Jun 2026 PELAJARAN 10
Binatang dan Tanda AYAT HAFALAN: “Dan Ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya” (Wahyu 13:16).
Cadangan Bacaan:   The Great Controversy, pp. 439–450
“Tanduk yang menyerupai domba dan suara naga dalam simbol menunjukkan pertentangan yang ketara antara profesi (berpengetahuan tinggi) dan amalan bangsa yang digambarkannya.” —The Great Controversy, p. 442.

1. BINATANG CAMPURAN AHAD , 31 MEI
a. Apakah yang dilihat Yohanes dalam Wahyu 13:1 (bahagian pertama), dan bagaimana kita memahami hal ini berdasarkan kajian kita tentang Daniel 7:3? b. Apakah yang dapat kita pelajari daripada bagaimana beberapa ciri fizikal binatang itu berkaitan dengan empat binatang yang telah kita pelajari sebelum ini? Wahyu 13:2; Dan-iel 7:4–6. “Dalam pasal 13 (ayat 1–10) digambarkan binatang lain, ‘serupa dengan macan tutul,’ yang kepadanya naga memberikan ‘kekuatannya, dan takhtanya, dan kekuasaannya yang besar.’ Sim-bol ini, sebagaimana yang dipercayai oleh kebanyakan orang Protestan, melambangkan kepausan, yang menggantikan kekuasaan dan takhta serta otoriti (kekuasaan) yang pernah dipegang oleh Ke-rajaan Rom kuno. .. Mengenai binatang yang menyerupai macan tutul itu dinyatakan: ‘Kepada bi-natang itu diberikan mulut, yang penuh kesombongan dan hujat. . . . Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Allah, menghujat nama-Nya dan semua mereka yang diam di sorga. Dan dia di-perkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka; dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa.’ Nubuatan ini, yang hampir sama dengan gambaran tentang tanduk kecil Daniel 7, tidak diragukan lagi menunjuk kepada kepausan.” —The Great Controversy, p. 439.“Di kebanyakan negara Eropah, kuasa yang memerintah dalam gereja dan negara selama be-rabad-abad telah dikawal oleh Setan melalui perantara kepausan.” —Ibid., pp. 268, 269.

2. KUASA PENGANIAYAAN ISNIN , 1 JUN
a. Bagaimanakah identiti (ciri-ciri) binatang itu disahkan berdasarkan masa keunggulannya? Wahyu 13:5; Daniel 7:25. “ ‘Kepadanya diberikan juga kuasa untuk melakukannya empat puluh dua bulan lamanya.’ Dan, kata nabi itu, ‘Tampaklah kepada ku satu dari kepala-kepalanya seperti kena luka yang mem-bahayakan hidupnya.’ Dan sekali lagi: ‘Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan; barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang.’ Empat puluh dua bulan itu sama dengan ‘satu masa dan dua masa dan setengah masa,' tiga setengah tahun atau 1260 hari, menurut Daniel 7—masa di mana kekuasaan kepausan menindas umat Tuhan. Tempoh ini, . . . bermula dengan kekuasaan kepausan, a.d. 538, dan berakhir pada tahun 1798. Pada masa itu paus telah ditawan oleh tentera Perancis, kekuasaan kepausan menerima luka yang memat-ikan, dan nubuatan itu digenapi, ‘Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan.’ ” —The Great Controversy, p. 439. b. Bagaimanakah kekuasaan binatang yang menyerupai macan tutul itu menjadi lemah? Wahyu 13:3 (bahagian pertama), 10. c. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh binatang itu? Wahyu 13:6–8. “Pengaruh Rom di negara-negara yang pernah mengakui kekuasaannya masih jauh dari ke-hancuran. Dan nubuatan menubuatkan pemulihan kekuasaannya. ‘Tampaklah kepadaku satu dari kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka yang membaha-yakan hidupnya itu sembuh. Seluruh dunia heran, lalu mengikut binatang itu.’ Ayat 3. Penderitaan akibat luka yang mematikan itu menunjukkan kepada kejatuhan kepausan pada tahun 1798. Setelah itu, nabi berkata, ‘luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh: dan seluruh dunia heran, lalu mengikuti binatang itu.’ Paulus menyatakan dengan jelas bahawa ‘manusia durhaka’ akan terus ada sehingga kedatangan Yesus kali kedua. 2 Tesalonika 2:3–8. Sampai akhir zaman dia akan terus melakukan pekerjaan penipuan. Dan pewahyu menyatakan, juga merujuk kepada kepausan: ‘Semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan.’ Wahyu 13:8. Dalam kedua-dua Dunia Lama dan Dunia Baru, kepausan akan menerima penghormatan sebagaimana penghormatan yang diberi-kan kepada lembaga hari Minggu, yang sepenuhnya didasarkan atas otoriti (kekuasaan) Gereja Rom.” —Ibid., p. 579.

3. BINATANG SEPERTI ANAK DOMBA SELASA , 2 JUN
a. Apakah kuasa politik baru yang dilihat muncul ketika kekuasaan kepausan menerima luka yang mematikan? Wahyu 13:11. “Binatang bertanduk dua sama seperti anak domba itu kelihatan ’keluar dari dalam bumi.’ Daripada melumpuhkan kekuasaan lain untuk menegakkan dirinya, bangsa yang digambarkan demikian harus muncul di wilayah yang sebelumnya tidak diduduki dan membesar secara perlahan-lahan dan aman. Oleh kerana itu, bangsa itu tidak mungkin muncul di antara bangsa-bangsa Dunia Lama yang padat dan saling bersaing —laut bergelora terdiri dari 'bangsa-bangsa dan rakyat banyak dan kaum dan bahasa.' Bangsa tersebut harus dicari di Benua Barat.“Apakah negara di Dunia Baru yang pada tahun 1798 bangkit menjadi berkuasa, menjanjikan kekuatan dan kebesaran, dan menarik perhatian dunia? Penggunaan simbol tersebut tidak diragukan lagi. Hanya satu bangsa, dan hanya satu, yang memenuhi spesifikasi nubuatan ini; itu menunjukkan dengan jelas kepada Amerika Syarikat. Berulang-kali pemikiran, hampir kata-kata itu tepat, dari penulis kitab suci telah secara tidak sedar digunakan oleh pembicara dan sejarahwan dalam menggambarkan kebangkitan dan pertumbuhan bangsa ini. Binatang itu kelihatan ‘muncul dari bumi;’ dan, menurut para penterjemah, perkataan di sini diterjemahkan sebagai ‘keluar’ secara harfiah bermaksud ‘tumbuh atau muncul seperti tanaman.’ Dan, seperti yang kita telah lihat, bangsa itu harus bangkit di wilayah yang sebelumnya tidak diduduki. . . .“ ‘Dan bertanduk dua sama seperti anak domba.’ Tanduk yang menyerupai anak domba menunjukkan orang muda, kemurnian, dan kelembutan, yang secara tepat menggambarkan ciri-ciri Amerika Syarikat ketika diperkenalkan kepada nabi sebagai ‘muncul’ pada tahun 1798. Di antara para orang buangan Kristian yang mula-mula melarikan diri ke Amerika dan mencari perlindungan daripada penindasan kerajaan dan sikap tidak bertolak ansur (tidak bertoleransi) keagamaan, banyak orang bertekad untuk membangun pemerintahan di atas landasan kebebasan awam dan kebebasan beragama. Pandangan mereka dimasukkan dalam Deklarasi Kemerdekaan, yang menyatakan kebenaran agung bahawa ‘semua manusia dicipta setara’ dan dikurniakan hak yang tidak dapat dibatalkan untuk ‘hidup, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan.’ Dan Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk mengatur diri sendiri, dengan syarat bahawa wakil yang dipilih oleh pemilihan umum hendaklah menetapkan dan melaksanakan hukum. Kebebasan beragama juga diberikan, setiap orang diizinkan untuk menyembah Tuhan sesuai dengan tuntutan hati nuraninya. Republikanisme (ketua negara dilantik bukan atas sebab keturunan tetapi melalui pilihan raya) dan Protestantisme (denominasi Kristian bukan Katolik) menjadi prinsip asas negara. Prinsip-prinsip ini adalah rahsia kekuasaan dan kemakmurannya. Orang-orang yang tertindas dan teraniaya di seluruh dunia Kristian telah berpaling ke negeri ini dengan penuh minat dan harapan. Berjuta-juta orang telah mencari pantai-pantainya, dan Amerika Syarikat telah bangkit menjadi salah satu negara paling berkuasa di dunia.” —The Great Controversy, pp. 440, 441.

4. BERBICARA SEPERTI SEEKOR NAGA RABU , 3 JUN
a. Apakah perkembangan mengejutkan yang akan berlaku, yang dilaksanakan oleh binatang seperti anak domba itu? Wahyu 13:12, 16. “Tanduk yang menyerupai anak domba dan berbicara seperti naga pada simbol tersebut menunjukkan pertentangan yang ketara antara profesion (pemimpin berpengaruh dan berkuasa) dan amalan bangsa yang diwakili olehnya. 'Ucapan' bangsa adalah tindakan pihak berkuasa perundangan dan kehakimannya. Dengan tindakan seperti itu, ia akan memberikan pembohongan kepada prinsip-prinsip liberal dan aman yang telah mereka sampaikan sebagai asas dasarnya. Nubuatan bahawa binatang seperti anak domba itu akan berbicara 'seperti seekor naga' dan menjalankan 'seluruh kuasa binatang yang pertama' dengan jelas menubuatkan perkembangan sikap tidak bertoleransi dan penganiayaan yang ditunjukkan oleh bangsa-bangsa yang digambarkan oleh naga dan binatang yang menyerupai macan tutul. Dan pernyataan bahawa binatang yang bertanduk dua 'yang menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama' menunjukkan bahawa otoriti (kekuasaan) negara ini akan dilaksanakan dengan menguatkuasakan beberapa peraturan secara paksa yang merupakan suatu bentuk penghormatan kepada kepausan.“Tindakan seperti itu, akan bertentangan secara langsung dengan prinsip-prinsip pemerintahan ini, dengan kepintaran institusi bebasnya, dengan pengakuan sungguh-sungguh Deklarasi Kemerdekaan, dan Perlembagaan. Para pengasas (pemula) negara dengan bijaksana berusaha untuk mengelakkan penggunaan kuasa duniawi oleh pihak gereja, dengan akibat yang tidak terhindarkan- sikap tidak bertolak ansur (tidak bertoleransi) dan penganiayaan. Perlembagaan (undang-undang tertinggi negara) menetapkan bahawa ‘Kongres tidak boleh membuat undang-undang tentang penubuhan agama, atau melarang kebebasan menunaikan tuntutan agama,' dan bahawa ‘tiada ujian keagamaan diperlukan sebagai kelayakan di mana-mana pejabat amanah awam di bawah Amerika Syarikat.’ Hanya dengan pelanggaran terang-terangan terhadap perlindungan kebebasan negara ini, segala amalan keagamaan hendaklah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa awam.” —The Great Controversy, p. 442. b. Bagaimanakah penguatkuasaan tanda binatang ini akan menjadi kejatuhan Amerika Syarikat? Amsal 14:34; Mazmur 119:126. “Setiap abad kebodohan telah menimbun murka pada hari kemurkaan; dan apabila tiba masanya, dan kedurhakaan telah mencapai puncaknya, maka Tuhan akan melakukan pekerjaan-Nya yang luar biasa. Maka terjadilah hal yang mengerikan jika kesabaran ilahi telah berakhir; kerana murka Tuhan akan turun begitu dahsyat dan kuat sehingga digambarkan sebagai sesuatu yang tanpa campuran belas kasihan; dan bumi akan menjadi sunyi sepi. Pada masa kemurtadan negara, ketika, bertindak atas dasar Setan, para penguasa bumi akan menempatkan diri mereka di pihak orang-orang berdosa-saat itulah ukuran rasa bersalah akan mencapai puncaknya; kemurtadan negara adalah isyarat untuk kehancuran negara.” —Selected Messages, bk. 2, p. 3732.

5. TANDA BINATANG KHAMIS , 4 JUN
a. Apakah tanda kekuasaan Rom? Daniel 7:25. “Sebagai tanda otoriti (kekuasaan) Gereja Katolik, para penulis kepausan menyebut ‘tindakan mengubah hari Sabat kepada hari Ahad, yang diakui oleh Protestan; . . . kerana dengan memelihara hari Ahad, mereka mengakui kuasa gereja untuk menetapkan perayaan-perayaan, dan memerinta-hkannya di bawah dosa.’—Henry Tuberville, An Abridgment of the Christian Doctrine, muka surat 58. Lalu apakah perubahan hari Sabat, selain tanda, atau lambang, kekuasaan Gereja Roma—‘tanda binatang’? . . .“Ketika pematuhan hari Ahad akan dikuatkuasakan oleh hukum, dan dunia akan diterangi mengenai kewajiban Sabat yang sejati, maka barangsiapa yang melanggar perintah Tuhan, untuk menaati suatu ajaran yang yang tidak mempunyai otoritas (kuasa) yang lebih tinggi daripada Roma, bermakna menghormati kepausan melebihi dari Tuhan.”—The Great Controversy, pp. 448, 449. b. Jelaskan kemuncak dari gerakan yang berbeza-yang satu untuk menerangi jiwa-jiwa tentang kebenaran dan satu lagi untuk melaksanakan tanda binatang itu. Wahyu 13:13–15; 16:13, 14; Matius 24:14, 24. “Gereja memohon campur tangan kepada kekuasaan awam, dan, dalam pekerjaan ini, kepau-san dan Protestan bersatu. Apabila gerakan pematuhan hari Minggu menjadi lebih menonjol dan pasti, hukum akan dikuatkuasakan (dilaksanakan) terhadap orang-orang yang mematuhi perintah. Mere-ka akan diancam dengan denda dan dipenjarakan, dan sebahagian orang akan ditawarkan dengan kedudukan berpengaruh, dan ganjaran serta keuntungan lainnya, sebagai umpan agar mereka meninggalkan iman mereka. Tetapi jawapan teguh mereka adalah: ‘Tunjukkan kepada kami dari firman Tuhan kesalahan kami’—permohonan yang sama seperti yang dilakukan oleh Luther dalam keadaan yang serupa. Mereka yang dihadapkan ke pengadilan memberikan pembelaan yang kuat terhadap kebenaran, dan sebahagian orang yang mendengarnya terdorong untuk mengambil pendirian mereka untuk menaati semua hukum-hukum Tuhan. Dengan demikian, terang akan ter-pancar ke hadapan ribuan yang jika tidak, tidak akan mengetahui kebenaran-kebenaran ini.” —Ibid., p. 607.

SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT 5 JUN
1. Bagaimanakah beberapa ciri-ciri binatang dalam Daniel 7 dibawa ke Rom? 2. Tinjau pelbagai cara pengiraan 1260 tahun kekuasaan tertinggi kepausan. 3. Mengapakah luka yang mematikan itu tidak menyebabkan kematian kepada binatang itu? 4. Apakah ciri-ciri unik Amerika Syarikat yang digambarkan oleh tanduk domba tersebut? 5. Adakah orang-orang yang beribadah pada hari Minggu saat ini sudah mempunyai Tanda Binatang?
 <<    >>