Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
Sabat, 18 April 2026 PELAJARAN 3
Empayar Masa Depan Terungkap AYAT HAFALAN: “Dia mengubah saat dan waktu; Dia memecat raja dan mengangkat raja; Dia memberikan hikmat kepada orang bijaksana dan pengetahuan kepada orang yang berpengertian” (Daniel 2:21).
Cadangan Bacaan:   Prophets and Kings, pp. 491–502. 
“Kekuatan bangsa-bangsa, sebagai individu, tidak ditemukan dalam kesempatan atau fasiliti yang kelihatannya menjadikan mereka tidak dapat dikalahkan; itu tidak terdapat dalam kehebatan mereka yang mereka banggakan. Itu diukur dalam kesetiaan mereka dalam memenuhi tujuan Tu-han.”—Prophets and Kings, p. 502.

1. MIMPI YANG MENAKJUBKAN AHAD , 12 APRIL
a. Apakah arahan raja Nebukadnezar setelah terbangun dari mimpi yang menggelisahkan? Daniel 2:1, 2. b. Apakah respon para penasihat raja terhadap permintaannya yang aneh? Daniel 2:3–7. “Raja tahu bahawa jika mereka benar-benar boleh memberitahu tafsirannya, mereka boleh memberitahu mimpi itu juga. Tuhan dalam pemeliharaan-Nya telah memberikan mimpi ini kepada Nebukadnezar, dan telah menyebabkan hal-hal tersebut dilupakan, sementara kesan yang menakutkan itu tertanam dalam fikirannya, untuk menyatakan kepura-puraan orang-orang bi-jaksana di Babel.”—The Sanctified Life, p. 34. c. Walaupun mereka mengakui mempunyai hubungan dengan dunia roh dan kehidupan setelah kematian, apakah yang diakui oleh orang-orang bijaksana Babilon ini? Daniel 2:8–11. “Dipenuhi dengan ketakutan akan akibat kegagalan mereka, para ahli sihir berusaha untuk menunjukkan kepada raja bahawa permintaannya tidak masuk akal dan ujian yang dihadapinya melebihi apa yang pernah dituntut oleh manusia mana pun.”—Prophets and Kings, p. 492.

2. DANIEL CAMPUR TANGAN ISNIN , 13 APRIL
a. Bagaimanakah reaksi raja terhadap kegagalan orang-orang bijaksana untukmenying-kapkan dan menafsirkan mimpinya, dan bagaimana Daniel terlibat? Daniel 2:12–16. “Di antara mereka yang dicari oleh para petugas yang bersedia untuk memenuhi persyaratan perintah raja, ialah Daniel dan kawan-kawannya. Ketika diberitahu bahwa menurut perintah itu mereka juga harus mati, ’dengan cerdik dan bijaksana’ Daniel bertanya kepada Ariokh, ketua pasukan pengawal raja, ’Mengapa titah yang begitu keras ini dikeluarkan oleh raja?’ Ariokh mencer-itakan kepadanya kisah kebingungan raja atas mimpinya yang menggelisahkan, dan kegagalannya untuk mendapatkan pertolongan dari orang-orang yang dia percaya sepenuhnya. Setelah mendengar hal itu, Daniel, dengan mempertaruhkan nyawanya, memberanikan diri menghadap raja dan memo-hon agar diberikan waktu, agar dia dapat memohon kepada Tuhannya untuk mengungkapkan kepadanya mimpi dan tafsirannya.“Raja menyetujui permintaan ini. ’Kemudian pulanglah Daniel dan memberitahukan hal itu kepada Hananya, Misael, dan Azarya, teman-temannya.’ Bersama-sama mereka mencari hikmat dari Sumber terang dan pengetahuan. Iman mereka teguh didasarkan pada keyakinan bahawa Tu-han telah menempatkan mereka di mana mereka berada, bahawa mereka sedang melakukan pekerjaan-Nya dan memenuhi tuntutan tugas.”—Prophets and Kings, p. 493. b. Apakah yang dapat kita pelajari daripada cara Daniel dan teman-temannya berdoa pada peristiwa ini? Daniel 2:17–23. “Pada masa kebingungan dan bahaya [Daniel dan sahabat-sahabatnya] sentiasa berpaling kepada [Tuhan] untuk bimbingan dan perlindungan, dan Dia telah membuktikan pertolongan yang sentiasa ada. Sekarang dengan penyesalan hati mereka menyerahkan diri mereka kembali kepada Hakim bumi, memohon agar Dia akan memberikan pembebasan kepada mereka pada masa mereka yang sangat memerlukan ini. Dan mereka tidak merayu dengan sia-sia. Tuhan yang mereka hormati, kini memuliakan mereka. Roh Tuhan turun ke atas mereka, dan kepada Daniel, ‘dalam penglihatan malam,’ dinyatakan mimpi raja dan maknanya.”—Ibid., pp. 493, 494.“[Empat orang Ibrani] tidak mencari belas kasihan Tuhan dengan sia-sia. Kemudian Daniel me-manggil kawan-kawannya, dan mengucap syukur kepada Tuhan kerana doa-doa mereka telah didengar dan dikabulkan, dan mereka mempersembahkan kepada Tuhan persembahan pujian dan kesyukuran, yang sepenuhnya diterima oleh Penguasa alam semesta. [Daniel 2:20–22 dipetik]. Daniel dan kawan-kawannya mengadakan pertemuan pujian, dan seluruh alam semesta di surga bersatu dengan mereka dalam ucapan syukur.” ”—The Youth’s Instructor, November 22, 1894.

3. SEBUAH PATUNG YANG ANEH SELASA , 14 APRIL
a. Bagaimanakah Daniel berbicara kepada Nebukadnezar mengenai penyingkapan mimpinya? Daniel 2:24–30. “Lihatlah tawanan Yahudi, tenang dan memiliki keyakinan diri, di hadapan raja empayar paling berkuasa di dunia. Dalam kata-kata pertamanya, dia menolak kehormatan bagi dirinya sendiri dan meninggikan Tuhan sebagai sumber segala kebijaksanaan. Kepada pertanyaan raja yang mence-maskan, ‘Sanggupkah engkau memberitahukan kepadaku mimpi yang telah kulihat itu dengan maknanya juga?” dia menjawab: ‘Rahasia yang ditanyakan tuanku raja, tidaklah dapat diberita-hukan kepada raja oleh orang bijaksana, ahli jampi, orang berilmu atau ahli nujum. Tetapi di sorga ada Allah yang menyingkapkan rahasia-rahasia, Ia telah memberitahukan kepada tuanku raja Nebukadnezar apa yang akan terjadi pada hari-hari yang akan datang.’ ”—Prophets and Kings, pp. 494–497.“Tawanan Yahudi itu berdiri di hadapan raja empayar yang paling berkuasa yang pernah dis-inari matahari. Walaupun dia kaya dan mulia, Nebukadnezar berada dalam kesusahan yang besar, tetapi orang muda yang ditawan itu tenang dan bahagia di dalam Tuhannya. Kemudian, jika me-mang ada, Daniel mempunyai kesempatan untuk meninggikan dirinya—untuk menonjolkan ke-baikan dan kebijaksanaan yang unggul. Namun usaha pertamanya adalah untuk menolak segala kehormatan bagi dirinya sendiri, dan meninggikan Tuhan sebagai Sumber kebijaksanaan.” —The Youth’s Instructor, September 1, 1903. b. Jelaskan gambar yang dilihat raja dalam mimpinya. Daniel 2:31–33. “Mendengar dengan penuh perhatian, ketika setiap perkara diceritakan kembali, raja mengakui perkara ini sebagai mimpi yang sangat menggelisahkannya; dan dia bersedia untuk menerima tafsiran itu.” —Ibid.“Raja segala raja akan menyampaikan kebenaran agung kepada raja Babilon. Allah akan menyingkapkan bahawa Dia mempunyai kuasa ke atas kerajaan-kerajaan dunia, kuasa untuk menobatkan dan menurunkan takhta raja-raja. Pikiran Nebukadnezar harus dibangkitkan, jika mungkin, untuk merasakan tanggungjawabnya kepada Surga. Peristiwa-peristiwa yang akan datang, hingga ke akhir zaman, harus dibukakan di hadapannya.” —Prophets and Kings, p. 498. c. Apakah yang berlaku kepada patung itu ketika raja melihatnya? Daniel 2:34, 35.

4. MIMPI DITAFSIRKAN RABU , 15 APRIL
a. Apakah makna kepala patung yang diperbuat daripada emas? Daniel 2:36–38. “Di bawah Raja Nebukadnezar, Babilon adalah kerajaan terkaya dan paling berkuasa di bumi. Kekayaan dan kemegahannya telah digambarkan oleh Inspirasi.” September 29, 1903. b. Apakah kerajaan yang dilambangkan oleh logam-logam berikutnya? Daniel 2:39, 40. “Nubuatan telah menelusuri kebangkitan dan perkembangan kerajaan-kerajaan besar dunia—Babilon, Medo-Persia, Yunani, dan Rom.”—Prophets and Kings, p. 535.“Daniel . . . menyatakan kepada Nebukadnezar bahawa kerajaannya akan diganti. Kebesaran dan kekuasaannya di dunia Tuhan akan tiba masanya, dan kerajaan kedua akan muncul, yang juga akan mengalami masa ujiannya apakah kerajaan itu akan meninggikan satu-satunya Pen-guasa, satu-satunya Allah yang benar. Jika tidak melakukan hal ini, kemuliaannya akan pudar, dan kerajaan ketiga akan menggantikannya. Dibuktikan melalui ketaatan atau ketidaktaatan, ini juga akan berlalu; dan yang keempat, kuat seperti besi, akan menundukkan bangsa-bangsa di dunia. Ramalan dari Yang Tidak Terbatas ini, yang tercatat dalam kitab nubuatan dan ditelusuri dalam hal-aman-halaman sejarah, diberikan untuk menunjukkan bahawa Tuhan adalah penguasa dalam urusan dunia ini. Dia mengubah waktu dan musim, Dia menyingkirkan dan mengangkat raja-raja, untuk memenuhi tujuan-Nya sendiri.” —The Youth’s Instructor, September 29, 1903.“Babilon runtuh kerana dalam kemakmurannya dia melupakan Tuhan, dan menganggap kemuliaan kemakmurannya sebagai pencapaian manusia.“Kerajaan Medo-Persia telah ditimpa oleh murka surga kerana dalam kerajaan ini hukum Allah diinjak-injak. Takut akan Tuhan tiada tempat dalam hati mereka. Pengaruh yang berlaku di Medo-Persia adalah kejahatan, penghujatan, dan kenajisan.“Kerajaan-kerajaan yang muncul kemudiannya lebih buruk dan jahat. Mereka merosot kerana mereka meninggalkan kesetiaan mereka kepada Tuhan. Ketika mereka melupakan-Nya, mereka tenggelam lebih rendah dan semakin rendah dalam skala nilai moral.” —Ibid., September 22, 1903. c. Bagaimanakah kerajaan-kerajaan digambarkan oleh kaki dan jari-jari kaki yang unik? Daniel 2:41–43. “Kedudukan kita dalam patung Nebukadnezar digambarkan oleh jari-jari kaki, dalam keadaan terbahagi, dan terbuat dari bahan yang rapuh, yang tidak akan dapat bersatu.”

5. KERAJAAN ALLAH YANG KEKAL KHAMIS , 16 APRIL
a. Kerajaan apakah yang akan mengakhiri seluruh sistem kekuasaan dunia? Daniel 2:44, 45. “Mimpi tentang patung besar itu, yang diperlihatkan kepada Nebukadnezar adalah peristi-wa-peristiwa yang akan terjadi pada akhir zaman, telah diberikan agar dia dapat memahami peranan yang harus dia lakukan dalam sejarah dunia, dan hubungan yang harus dipertahankan oleh kera-jaannya dengan kerajaan surga. Dalam tafsiran mimpi itu, dia telah diberi petunjuk dengan jelas ten-tang pendirian kerajaan Allah yang kekal.” —Prophets and Kings, p. 503. b. Bilakah pemerintahan kerajaan Allah dalam kemuliaan akan bermula? Yohanes 18:36; Matius 25:31–34; 26:64; Wahyu 6:15–17. “Kerajaan kita bukan dari dunia ini. Kita sedang menunggu Tuhan kita dari syurga untuk datang ke bumi untuk menaklukkan segala otoriti dan kuasa, dan mendirikan kerajaan-Nya yang kekal. . . . Nubuatan menunjukkan kepada kita bahawa hari besar Tuhan sudah dekat. Hari itu akan segera tiba.” —Testimonies for the Church, vol. 1, pp. 360, 361. c. Bagaimanakah respon raja terhadap keberhasilan Daniel dalam menyingkapkan mimpinya? Daniel 2:46–49. “Penjelasan Daniel tentang mimpi ini menghasilkan raja mengurniakan penghargaan dan penghormatan kepada dia dan teman-temannya. . . . Tiga sahabat Daniel diangkat menjadi penasihat, hakim, dan penguasa di negeri itu. Orang-orang ini tidak menyombongkan diri, tetapi mereka melihat dan bersukacita bahwa Tuhan diakui di atas semua penguasa duniawi, dan bahwa kerajaan-Nya dimuliakan di atas semua kerajaan duniawi.” —The Youth’s Instructor, September 8, 1903.

SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT 17 APRIL
1. Apakah yang ditemukan oleh Raja Nebukadnezar mengenai orang-orang bijaksana yang dipercayainya? 2. Apakah yang penting tentang fakta bahawa doa kesyukuran Daniel dicatat, tetapi bukan doa permintaannya? 3. Walaupun menjadi orang yang paling bijaksana di Babilon, apakah sifat yang dimiliki Daniel? 4. Jelaskan ciri-ciri kerajaan yang digambarkan oleh logam-logam yang berganti. 5. Bilakah bahagian mimpi yang berkaitan dengan batu itu akan digenapi?
 <<    >>