Penglihatan Pertama Daniel AYAT HAFALAN: “Aku melihat tanduk itu berperang melawan orang-orang kudus, dan mengalahkan mereka; sampai Yang Lanjut Usianya itu datang, dan keadilan diberikan kepa-da orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi; dan waktunya datang orang-orang kudus itu memegang pemerintahan” (Daniel 7:21, 22).
Cadangan Bacaan:
The Great Controversy, pp. 479–491;
Early Writings, pp. 54–56.
“Sewaktu kita menghampiri penghujung sejarah dunia ini, nubuatan-nubuatan yang dicatat oleh Daniel menuntut perhatian khusus kita, kerana nubuatan-nubuatan itu berkaitan dengan zaman yang kita jalani sekarang ini. —Prophets and Kings, p. 547.
1. EMPAT ANGIN, EMPAT BINATANG AHAD, 19 APRIL
a. Bilakah Daniel menerima penglihatan nubuatannya yang pertama, dan bagaimana dia menanggapinya? Daniel 7:1, 15, 16 (bahagian pertama).“Tidak lama sebelum kejatuhan Babel, ketika Daniel merenungkan nubuatan-nubuatan ini dan memohon Tuhan untuk pengertian pada masa itu, dia menerima serangkaian penglihatan tentang kebangkitan dan kejatuhan kerajaan-kerajaan. Dengan penglihatan pertama, sebagaimana tercatat dalam pasal ketujuh kitab Daniel, satu penafsiran telah diberikan; namun tidak semuanya dijelaskan kepada nabi.” —Prophets and Kings, p. 553.b. Apakah yang digambarkan oleh unsur-unsur semula jadi yang dilihat? Daniel 7:2; Wahyu 17:15; Yeremia 25:31–33.c. Bagaimanakah malaikat menjelaskan maksud empat binatang besar yang muncul? Daniel 7:3, 16 (bahagian akhir), 17.“Kerajaan-kerajaan besar yang pernah memerintah dunia digambarkan kepada nabi Daniel sebagai binatang buas.” —The Great Controversy, pp. 439, 440.
2. KERAJAAN YANG MENGGANTIKAN ISNIN, 20 APRIL
a. Apakah yang pertama daripada empat binatang itu, dan kerajaan apakah yang digam-barkanya? Daniel 7:4; Yeremia 50:17; Habakuk 1:6–8.“[Babilon] tidak memenuhi tujuan Allah; dan ketika waktu-Nya tiba, kerajaan yang angkuh dan berkuasa ini, yang diperintahkan oleh orang-orang dengan kecerdasan tertinggi, telah hancur, remuk, tidak berdaya. Kristus telah menyatakan, ‘Di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.’ Para negarawan Babilon yang terkenal tidak menganggap diri mereka bergantung kepada Tuhan. Mereka berfikir bahawa mereka telah menciptakan segala kemegahan dan kemuliaan mereka. Tetapi ketika Tuhan berfirman, mereka adalah seperti rumput yang layu, dan bunga rumput yang layu. Hanya firman dan kehendak Tuhan yang kekal selama-lamanya.” —The Youth’s Instructor, September 29, 1903.b. Bagaimanakah binatang kedua dijelaskan, dan kerajaan apa yang digambarkanya? Daniel 7:5.“Setiap bangsa yang muncul di panggung sejarah diizinkan untuk menduduki tempatnya di bumi, supaya dapat dilihat apakah ia akan memenuhi tujuan ‘Penjaga dan Maha Kudus.’ Nubuatan telah menelusuri kebangkitan dan kejatuhan kerajaan-kerajaan besar dunia—Babel, Medo-Persia, Yunani, dan Roma. Dengan setiap satu ini, seperti juga negara-negara yang kurang berkuasa, sejarah terulang kembali. Masing-masing mempunyai tempoh ujiannya, masing-masing gagal, kegemilangannya memudar, kekuasaannya hilang, dan tempatnya diganti oleh yang lain.“Sementara bangsa-bangsa menolak prinsip-prinsip Tuhan, dan dalam penolakan inilah yang membawa kehancuran mereka sendiri, namun masih kelihatan jelas bahawa tujuan ilahi, yang mengatur segalanya sedang bekerja melalui semua gerakan mereka." —Education, pp. 176, 177.c. Apakah ciri-ciri aneh binatang ketiga, yang menggambarkan kerajaan Yunani? Daniel 7:6.“Jika kerajaan-kerajaan ini telah mengutamakan rasa takut akan Tuhan, mereka seharusnya diberikan hikmat dan kuasa, yang akan menyatukan mereka bersama dan membuat mereka kuat. Tetapi para pemerintah kerajaan-kerajaan dunia menjadikan Tuhan sebagai kekuatan mereka hanya apabila tertekan dan bingung. . . . Mereka terpaksa meminta pertolongan kepada mereka yang fikirannya diterangi oleh surgawi, untuk penjelasan tentang misteri yang tidak dapat mereka pahami.” —The Youth’s Instructor, September 29, 1903.
3. ROMA, KERAJAAN KEEMPAT SELASA, 21 APRIL
a. Apakah yang menyebabkan binatang keempat itu sukar untuk digambarkan secara semula jadi? Daniel 7:7.“Roh Kudus melambangkan kerajaan dunia di bawah simbol binatang buas yang ganas; tetapi Kristus adalah ‘Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia.’ Yohanes 1:29. Dalam rencana pemerintahan-Nya tidak ada penggunaan kekerasan untuk memaksa hati nurani.”—Christ’s Object Lessons, p. 77.“Salib dikaitkan dengan kekuasaan Roma. Itu adalah alat bentuk kematian yang paling kejam dan memalukan. Para penjenayah paling rendah harus memikul salib ke tempat pelaksanaan hukum mati; dan sering kali ketika alat penyiksaan itu diletakkan di atas bahu mereka, mereka menentang dengan sangat keras, sehingga mereka tidak berdaya, dan alat penyeksaan diikatkan kepada mere-ka." —The Desire of Ages, pp. 416, 417.b. Apakah yang dilihat di antara tanduk-tanduk binatang keempat? Daniel 7:8.“Pada abad keenam kepausan telah menjadi kukuh. Pusat kekuasaannya ditetapkan di kota empayar, dan uskup Roma diperakui sebagai ketua seluruh gereja. Paganisme telah memberi tempat kepada kepausan. Naga itu telah memberikan kepada binatang itu ‘kekuatannya, dan takhtanya, dan kekuasaan yang besar.’ Wahyu 13:2. Dan sekarang bermulalah 1260 tahun penindasan kepau-san yang dinubuatkan dalam nubuatan Daniel dan Wahyu. Daniel 7:25; Wahyu 13:5–7. Orang Kris-tian dipaksa untuk memilih antara mengorbankan integriti mereka dan menerima upacara dan penyembahan kepausan, atau menghabiskan hidup mereka di penjara bawah tanah atau menderita kematian oleh siksaan, tumpukan kayu bakar, atau kapak ketua desa. Sekarang genaplah kata-kata Yesus: ‘Kamu akan diserahkan juga oleh orang tuamu, saudara-saudaramu, kaum keluargamu dan sahabat-sahabatmu; dan beberapa orang di antara kamu akan dibunuh. Dan kamu akan dibenci semua orang oleh kerana nama-Ku.’ Lukas 21:16, 17. Penganiayaan terhadap orang-orang beriman terjadi dengan lebih dahsyat daripada sebelumnya, dan dunia menjadi medan perang yang luas. Selama ratusan tahun gereja Kristus mendapat perlindungan dalam kesunyian dan ketidakjelasan. Demikianlah nabi berkata: ‘Perempuan itu lari ke padang gurun, di mana dia telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara di situ seribu dua ratus enam puluh hari lamanya.’ Wahyu 12:6.” —The Great Controversy, pp. 54, 55.c. Apakah yang Daniel ingin ketahui setelah melihat penglihatan itu? Daniel 7:19, 20.
4. TANDUK KECIL RABU, 22 APRIL
a. Apakah yang dijelaskan oleh malaikat mengenai dengan binatang buas keempat yang mengerikan, yang menggambarkan Kerajaan Rom? Daniel 7:23.b. Apakah yang dinyatakan tentang tanduk kecil itu? Daniel 7:24.“Kerajaan Rom yang luas hancur berkeping-keping, dan dari reruntuhannya muncul kuasa be-sar itu, Gereja Roman Katolik. Gereja ini membanggakan kesucian dirinya dan agama keturunannya. Tetapi agama ini adalah kengerian bagi semua orang yang mengetahui rahasia misteri kejahatan. Imam-imam gereja ini mempertahankan kekuasaan mereka dengan membuat umat tetap tidak mengetahui kehendak Tuhan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab Suci.” —The Youth’s In-structor, September 22, 1903.c. Terhadap siapakah kemarahan kuasa tanduk kecil itu ditujukan? Daniel 7:21, 25.“Kenaikan kekuasaan Gereja Rom menandakan permulaan Zaman Kegelapan. Ketika kekuasaannya meningkat, kegelapan semakin mendalam. Iman dipindahkan dari Kristus, dasar sejati, kepada paus Rom. Daripada mempercayai kepada Anak Allah untuk pengampunan dosa dan keselamatan kekal, orang-orang menaruh harapan kepada paus, dan kepada para imam dan uskup yang kepadanya dia mewakilkan kuasa. Mereka telah diajarkan bahawa paus adalah pengantara duniawi mereka dan tiada seorang pun boleh mendekati Tuhan kecuali melalui dia; dan, selanjutnya, bahawa paus berdiri di tempat Allah bagi mereka dan kerana itu harus ditaati sepenuhnya. Penyim-pangan daripada tuntutannya sudah cukup menjadi alasan untuk menjatuhkan hukuman yang paling berat pada tubuh dan jiwa para pelanggar. Demikianlah pikiran manusia berpaling dari Tuhan kepada manusia yang fana, sesat, dan kejam, bahkan lebih dari itu, kepada raja kegelapan itu sendiri, yang menggunakan kekuasaannya melalui mereka. Dosa menyamar dalam balutan kesucian. Apa-bila Kitab Suci disembunyikan, dan manusia mula menganggap dirinya sebagai yang tertinggi, kita hanya perlu mencari penipuan, tipu daya, dan kejahatan yang merendahkan. Dengan semakin tinggi kedudukan hukum dan tradisi manusia, nampaklah kejahatan yang selalu timbul akibat dari mengesampingkan hukum Tuhan.“Hari-hari itu adalah hari yang berbahaya bagi gereja Kristus. Pembawa panji yang setia me-mang sangat sedikit. Walaupun kebenaran tidak dibiarkan tanpa saksi, namun kadang-kadang nampaknya kesalahan dan takhayul akan berlaku sepenuhnya, dan agama sejati akan disingkirkan dari bumi. Injil dilupakan, tetapi bentuk-bentuk agama semakin bertambah, dan orang-orang dibeba-ni dengan tuntutan yang ketat.”—The Great Controversy, p. 55.
5. PENGHAKIMAN KHAMIS, 23 APRIL
a. Apakah yang akan berlaku di akhir kekuasaan tanduk kecil itu? Daniel 7:26.“Empat puluh dua bulan [Wahyu 13:5] adalah sama dengan ‘satu masa dan dua masa dan setengah masa,’ tiga tahun setengah, atau 1260 hari, dalam Daniel 7—masa di mana kekuasaan kepausan menindas umat Tuhan. Tempoh ini. . . bermula dengan kekuasaan kepausan, a.d. 538, dan berakhir pada tahun 1798. Pada masa itu paus telah ditawan oleh tentera Perancis, kuasa kepausan menerima luka yang mematikan, dan nubuatan itu digenapi, ‘Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan.’” —The Great Controversy, p. 439.b. Bagaimanakah proses pengadilan digambarkan? Daniel 7:9, 10, 13.“Kedatangan Kristus yang digambarkan di sini bukanlah kedatangan-Nya yang kedua di bumi. Ia datang kepada Yang Lanjut Usianya di surga untuk menerima kekuasaan dan kemuliaan dan kerajaan, yang akan diberikan kepada-Nya pada akhir pekerjaan-Nya sebagai pengantara.” —Ibid., p. 480.c. Apakah keputusan penghakiman itu? Daniel 7:11, 14, 18, 22, 26, 27.“Rencana penebusan yang agung menghasilkan pemulihan dunia sepenuhnya ke dalam kasih karunia Tuhan. Segala sesuatu yang hilang kerana dosa dipulihkan. Bukan hanya manusia tetapi bumi pun ditebus, untuk menjadi tempat kediaman kekal bagi orang-orang yang setia. Selama enam ribu tahun Setan telah berjuang untuk mempertahankan kepemilikan bumi. Kini tujuan awal Allah dalam penciptaan-Nya telah tercapai. ‘Orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi akan menerima pemerintahan, dan mereka akan memegang pemerintahan itu sampai selama-lamanya, bahkan kekal selama-lamanya.’ —Patriarchs and Prophets, p. 342.
SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT 24 APRIL
1. Jelaskan empat binatang buas yang dilihat Daniel keluar dari laut.2. Sebutkan kerajaan-kerajaan yang dilambangkan oleh binatang-binatang tersebut, dan bagaimana ciri-ciri mereka dipenuhi.3. Apakah yang membuat kekuasaan tanduk kecil itu berbeza daripada kekuasaan lain yang ditunjukkan?4. Apakah kata-kata "sombong" kekuasaan tanduk kecil?5. Kepada siapa penghakiman diberikan kekuasaan atas bumi, dan bila?