Panggilan Terakhir AYAT HAFALAN: ““Kemudian dari pada itu aku melihat seorang malaikat lain turun dari surga. Ia mempunyai kekuasaan besar dan bumi menjadi terang oleh kemuliaannya” (Wahyu 18:1).
Cadangan Bacaan:
The Great Controversy, pp. 603–612.
“Pekerjaan besar Injil tidak akan berakhir dengan pernyataan kuasa Tuhan yang lebih sedikit daripada yang menandai permulaannya.” —The Great Controversy, p. 611.
1. BABEL BESAR AHAD, 14 JUN
a. Jelaskan pandangan dramatik (menarik perhatian) yang dilihat Yohanes tentang gereja yang dikenali sebagai Babel Besar. Wahyu 17:1–6.“Perempuan (Babilon) dalam Wahyu 17 ialah . . . digambarkan sebagai 'berpakaian kain ungu dan kain kirmizi yang dihiasi dengan emas, permata dan mutiara, dan di tangannya ada suatu cawan emas penuh dengan segala kekejian dan kenajisan percabulannya: . . . dan pada dahinya tertulis suatu nama, suatu rahasia, "Babel besar, ibu dari wanita-wanita pelacur. . . .’ Kekuasaan yang selama berabad-abad mempertahankan kekuasaan kelaliman atas raja-raja Kristen ialah Rom. Warna ungu dan kain kirmizi yang dihiasi dengan emas dan batu permata dan mutiara, dengan jelas menggam-barkan kemegahan dan kemewahan yang melebihi keagungan kerajaan yang ditunjukkan oleh tahkta Rom yang angkuh. Dan tidak ada kekuasaan lain yang benar-benar dapat dinyatakan se-bagai 'mabuk oleh darah orang-orang kudus' selain gereja yang telah menganiaya pengikut Kristus dengan begitu kejam. Babilon juga dituduh melakukan dosa bersekutu secara tidak sah dengan ‘ra-ja-raja di bumi.’ Gereja Yahudi menjadi pelacur kerana menjauh dari Tuhan, dan bersekutu dengan orang kafir, bahwa gereja Yahudi telah menjadi pelacur; dan Rom, yang merosakkan dirinya dengan cara yang sama dengan mencari sokongan kekuasaan duniawi, menerima penghukuman yang sa-ma.” —The Great Controversy, p. 382. [Author’s italics.]b. Bagaimanakah kekuasaan ini akan berakhir? Wahyu 17:15–18.
2. MALAIKAT LAIN ISNIN, 15 JUN
a. Jelaskan kedatangan malaikat yang muncul dalam Wahyu 18:1.“Perkhabaran tiga malaikat itu akan digabungkan, memberikan terang tiga serangkai kepada dunia. Dalam Wahyu, Yohanes berkata, ‘Aku melihat seorang malaikat lain turun dari sorga. Ia mempunyai kekuasaan besar dan bumi menjadi terang oleh kemuliaan-Nya.’ [Wahyu 18:2–5 dipetik.] Ini merupakan pemberitaan terakhir dan perkhabaran malaikat tiga serangkai kepada dunia.” —The SDA Bible Commentary [E. G. White Comments], vol. 7 p. 985.“Gereja adalah tempat penyimpanan kekayaan kasih karunia Kristus; dan melalui gereja akhirnya akan dinyatakan, bahkan kepada ’pemerintah-pemerintah dan penguasa-penguasa di sorga,’ paparan terakhir dan penuh kasih Allah.” —The Acts of the Apostles, p. 9.b. Apakah yang dilambangkan oleh kemuliaan malaikat itu, dan bagaimana hal itu di-tunjukkan? Mazmur 29:1, 2; Yohanes 17:22, 23.“Ketika pembentukan tabiat diabaikan, ketika perhiasan jiwa kurang, ketika kesederhanaan kesalehan diremehkan, kesombongan dan cinta akan pertunjukan menuntut bangunan gereja yang megah, hiasan yang indah, dan upacara yang mengagumkan. Tetapi dalam semua ini Tuhan tidak dihormati. Dia menghargai gereja-Nya, bukan kerana keunggulan luarannya, tetapi untuk kesalehan tulus yang membezakannya dari dunia. Dia memperkirakannya berdasarkan pertumbuhan para anggotanya dalam pengetahuan tentang Kristus, menurut kemajuan mereka dalam pengalaman rohani.” —Prophets and Kings, pp. 565, 566.c. Bagaimanakah Tuhan menggambarkan kemuliaan-Nya sendiri, ketika Musa meminta untuk melihatnya? Keluaran 33:18, 19; 34:5–7.“Kemuliaan ciri-ciri Tuhan dinyatakan dalam sifat-Nya. Setiap halaman Kitab Suci bersinar dengan terang-Nya. Kebenaran Kristus, seperti mutiara putih yang murni, tiada kecacatan, tidak ber-noda. Tidak ada pekerjaan manusia yang dapat memperbaiki karunia Tuhan yang agung dan ber-harga. Karunia itu tanpa cela.” —Christ’s Object Lessons, p. 115.“Sifat ini terungkap dalam kehidupan Kristus. Supaya Dia dengan teladan-Nya sendiri menghukum dosa dalam daging, Dia mengambil rupa manusia yang berdosa. Dia sentiasa melihat sifat Allah; Dia sentiasa menyatakan sifat ini kepada dunia.“Kristus menginginkan para pengikut-Nya untuk menunjukkan sifat yang sama dalam kehidupan mereka.” —God’s Amazing Grace, p. 322.
3. PERKHABARAN PERINGATAN SELASA, 16 JUN
a. Bagaimanakah malaikat itu berbicara kepada penduduk Babel? Wahyu 18:2.“Kuasa dan kemuliaan yang besar diberikan kepada malaikat itu, dan ketika dia turun, bumi diterangi oleh kemuliaan-Nya. Terang yang menyertai malaikat ini menembusi ke semua tempat, ketika dia berseru dengan surara yang lantang dan dahsyat. . . . Perkhabaran tentang kejatuhan Babel, sebagaimana yang disampaikan oleh malaikat kedua, diulangi, dengan tambahan sebutan tentang kemurtadan-kemurtadan yang telah memasuki gereja-gereja sejak tahun 1844.” —Early Writings, p. 277.b. Apakah yang akan berubah di Babilon sejak perkhabaran malaikat kedua pertama kali diberitakan? Wahyu 18:3.“Perkhabaran malaikat kedua dalam Wahyu 14 pertama kali dikhotbahkan pada musim panas 1844, dan kemudian diterapkan lebih langsung kepada gereja-gereja di Amerika Syarikat, di mana amaran penghakiman telah dikumandangkan secara meluas, dan secara keseluruhannya ditolak, dan di situlah kemerosotan dalam gereja-gereja terjadi dengan cepat. Tetapi pekabaran malaikat kedua tidak mencapai penggenapan sepenuhnya pada tahun 1844. Gereja-gereja kemudiannya mengalami kemorosotan moral, akibat daripada penolakan mereka terhadap terang perkhabaran kedatangan Kristus; namun kejatuhan itu belum lengkap. Ketika mereka terus menolak kebenaran khusus pada masa ini, mereka semakin jatuh dan merosot. Namun, belum dapat dikatakan bahawa Babel sudah rubuh, . . . kerana dia telah memabukkan segala bangsa dengan anggur hawa nafsu cabulnya.’ Dia belum membuat semua bangsa melakukan ini. Semangat untuk menyesuaikan diri dengan dunia dan ketidakpedulian terhadap kebenaran yang menguji pada zaman kita wujud dan telah berkembang di gereja-gereja Protestan di seluruh negara Kristian; dan gereja-gereja ini termasuk dalam kecaman yang sungguh-sungguh dan mengerikan dari malaikat kedua. Tetapi perbuatan kemurtadan masih belum mencapai ke puncaknya.“Alkitab menyatakan bahawa sebelum kedatangan Tuhan, Setan akan bekerja ‘disertai rupa-rupa perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mujizat-mujizat palsu, dan dengan rupa-rupa tipu daya jahat terhadap orang-orang yang harus binasa;’ dan mereka yang ‘tidak menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka,' akan dibiarkan menerima ‘kesesatan atas mereka, yang menyebabkan mereka akan percaya akan dusta.’ 2 Tesalonika 2:9–11. Bukan sehingga keadaan ini tercapai, dan penyatuan gereja dengan dunia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Kekristenan, barulah kejatuhan Babilon akan lengkap. Perubahan itu bersifat progresif (berperingkat), dan penggenapan sempurna dari Wahyu 14:8 masih akan berlaku di masa depan.” —The Great Controversy, pp. 389, 390. [Author’s italics]
4. PANGGILAN TERAKHIR RABU, 17 JUN
a. Apakah panggilan mendesak yang kemudiannya didengar oleh mereka yang masih di Babilon? Wahyu 18:4.“Wahyu 18 menunjuk kepada waktu apabila, sebagai akibat daripada penolakan amaran tiga serangkai dari Wahyu 14:6–12, gereja akan mencapai sepenuhnya keadaan yang dinubuatkan oleh malaikat kedua, dan umat Tuhan yang masih berada di Babel akan dipanggil untuk memiisahkan diri dari persekutuannya. Perkhabaran ini adalah yang terakhir yang akan diberikan kepada dunia; dan ini akan menyelesaikan pekerjaannya. Apabila mereka yang ‘tidak percaya akan kebenaran, dan yang suka kejahatan’ (2 Tesalonika 2:12), akan dibiarkan menerima kesesatan yang dahsyat dan mempercayai dusta, maka terang kebenaran akan bersinar atas semua orang yang hatinya terbuka untuk menerimanya, dan semua anak Tuhan yang masih tinggal di Babel akan mengindahkan panggilan: ‘Pergilah kamu, hai umat-Ku’ (Wahyu 18).” —The Great Controversy, p. 390.b. Siapakah individu-individu yang disebut sebagai “umat-Ku,” dan ditujukan dalam seruan untuk meninggalkan Babilon? Yohanes 10:16.“Walaupun kegelapan rohani dan keterasingan dari Tuhan, yang terdapat dalam gereja-gereja yang membentuk Babel, sebahagian besar para pengikut sejati Kristus masih ada dalam persekutuan mereka. Banyak di antara mereka yang tidak pernah melihat kebenaran khusus untuk masa ini. Bukan sedikit yang tidak berpuas hati dengan keadaan mereka saat ini dan merindukan terang yang lebih jelas. Sia-sia saja mereka mencari citra Kristus dalam gereja-gereja yang menjadi perhubungan mereka. Ketika kelompok-kelompok ini semakin menjauh dari kebenaran, dan semakin erat bersekutu dengan dunia, perbezaan antara kedua-dua golongan akan semakin meluas, dan akhirnya akan mengakibatkan perpisahan. Masanya akan tiba apabila mereka yang sangat mengasihi Tuhan tidak lagi dapat berhubungan dengan orang-orang yang ‘lebih menuruti hawa nafsu daripada menuruti Allah; mempunyai bentuk kesalehan, tetapi menyangkal kuasanya.’ ” —Ibid., p. 390.c. Mengapakah seruan untuk melarikan diri dari Babilon begitu mendesak? Wahyu 18:5–8.“Terang yang dipancarkan kepada orang-orang yang menunggu menembusi ke mana-mana, dan mereka yang berada di gereja-gereja yang mempunyai terang, yang belum mendengar dan me-nolak tiga pekabaran itu, menuruti panggilan itu dan meninggalkan gereja-gereja yang telah jatuh.” —Early Writings, p. 278.
5. BERSEDIA MELAKUKAN PANGGILAN KHAMIS, 18 JUN
a. Jelaskan kepentingan perkhabaran amaran yang jelas dan pasti. Yesaya 58:1; 1 Korintus 14:7, 8.“Pasal kelapan belas dalam Wahyu menyatakan pentingnya menyampaikan kebenaran tanpa istilah ukuran tetapi dengan keberanian dan kuasa. . . . Terdapat terlalu banyak bercakap/ perb-incangan yang tidak masuk akal dalam penyampaian pekabaran malaikat ketiga." —Evangelism, p. 230.“Tuhan menghendaki agar para penjaga harus bangkit dan dengan suara yang bersatu menyampaikan perkhabaran yang tegas, membunyikan sangkakala dengan suara tertentu, agar semua orang dapat segera menjalankan tugas mereka dan melakukan peranan mereka dalam pekerjaan agung itu. Kemudian, terang yang kuat dan terang dari malaikat lain yang turun dari syurga dengan kuasa yang besar, akan memenuhi bumi dengan kemuliaan-Nya. Kami ketinggalan ber-tahun-tahun; dan mereka yang berdiri dalam kebutaan dan menghalang kemajuan perkhabaran yang Tuhan maksudkan harus disampaikan dari pertemuan Minneapolis sebagai pelita yang menyala, perlu merendahkan hati mereka di hadapan Tuhan dan melihat serta memahami bagaimana pekerjaan itu terhambat oleh kebutaan fikiran dan kekerasan hati mereka.” —The Ellen G. White 1888 Materials, p. 1070.b. Apakah permohonan tulus Yesus yang dapat kita renungkan dalam hati secara individu? Yohanes 12:35, 36.“Malaikat lain menyatukan suaranya dengan malaikat ketiga, dan bumi diterangi dengan kemuliaannya. Terang itu bertambah, dan bersinar ke seluruh bangsa di bumi. Dia akan pergi sebagai terang yang menyala. Ia akan disertai dengan kuasa yang besar, sehingga sinar ke-emasannya me-nyentuh setiap lidah, setiap orang, dan setiap bangsa di seluruh bumi. Izinkan saya bertanya, Apakah yang anda sedang lakukan untuk mempersiapkan pekerjaan ini? Adakah anda sedang membangun untuk kekekalan? Anda mesti ingat bahawa malaikat ini menggambarkan orang-orang yang mempunyai perkhabaran ini untuk disampaikan kepada dunia. Adakah kamu termasuk di antara orang-orang itu?” —The Review and Herald, August 18, 1885.
SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT 19 JUN
1. Jelaskan bagaimana Rom sesuai dengan gambaran Babilon, ibu kepada para pelacur.2. Apakah kemuliaan sejati Tuhan yang dinyatakan oleh malaikat yang lain?3. Mengapakah perkhabaran malaikat kedua harus diulang?4. Di manakah kebanyakan pengikut sejati Yesus hari ini?5. Bagaimanakah saya dapat menjadi pengaruh positif dan bukan penghalang kepada pekerjaan Tuhan hari ini?