Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
SABAT, 13 JUN 2026 PELAJARAN 11
Tiga Malaikat AYAT HAFALAN: “Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus” (Wahyu 14:12).
Cadangan Bacaan:   Early Writings, pp. 232–261
“Saya diperlihatkan tiga langkah—perkhabaran malaikat pertama, kedua, dan ketiga. Malaikat pendampingku berkata, ‘Celakalah orang yang akan memindahkan satu balok atau sekecil jarum pun dari perkhabaran-perkhabaran ini. Pemahaman sejati tentang perkhabaran-perkhabaran ini adalah sangat penting.’ ” —Early Writings, p. 258.

1. MALAIKAT DALAM WAHYU AHAD , 7 JUN
a. Bandingkan dan bezakan pelbagai jenis utusan yang digambarkan oleh malaikat. Wahyu 1:20; 10:1, 5; 11:1; 22:8. b. Bagaimanakah Tuhan menyampaikan perkhabaran kepada setiap orang di bumi? Roma 10:13–15. “Sebagai wakil-Nya di antara manusia, Tuhan tidak memilih para malaikat yang tidak pernah jatuh, tetapi manusia, orang-orang yang mempunyai semangat yang sama dengan mereka yang ingin mereka selamatkan. . . . Dan kepada lelaki dan perempuan telah dipercayakan amanah suci untuk memberitakan ’kekayaan Kristus yang tidak terduga.’ Efesus 3:8.” —The Acts of the Apostles, p. 134.“Kita harus bekerjasama dengan para malaikat syurgawi dalam memperkenalkan Yesus kepa-da dunia. . . kerana manusia harus menjadi saluran untuk berkomunikasi dengan manusia. Dan ketika kita menyerahkan diri kita kepada Kristus dengan sepenuh hati, para malaikat bersukacita kerana mereka dapat berbicara melalui suara kita untuk menyatakan kasih Tuhan.” —The Desire of Ages, p. 297. c. Siapakah yang dilambangkan oleh para malaikat dalam Wahyu 14:6–12 dan misi mere-ka? Matius 28:19, 20; Kisah 1:8. “Para malaikat digambarkan terbang di tengah-tengah langit, menyampaikan perkhabaran peringatan kepada dunia. . . . Tidak seorang pun mendengar suara para malaikat ini, karena mereka adalah simbol yang mewakili umat Allah yang bekerja selaras dengan alam semesta surga.” —Selected Messages, bk. 2, p. 3872.

2. MALAIKAT PERTAMA ISNIN , 8 JUN
a. Kepada siapakah malaikat pertama menyampaikan perkhabarannya? Wahyu 14:6. “Kebangkitan agama besar di bawah pemberitaan tentang kedatangan segera Kristus dinubu-atkan dalam nubuatan perkhabaran malaikat pertama dalam Wahyu 14. . . . Malaikat yang terbang‘di tengah langit,’ ‘suara nyaring’ oleh mana peringatan itu disampaikan, dan penyebarannya kepada semua ‘yang diam di bumi’—‘kepada setiap bangsa, dan suku, dan bahasa, dan kaum’—memberikan bukti tentang kecepatan dan jangkauan gerakan di seluruh dunia.” —The Great Controversy, p. 355. b. Bagaimanakah malaikat pertama menarik perhatian kepada Allah sebagai Pencipta? Wahyu 14:7; Kejadian 1:1; Efesus 3:9. c. Renungkan bagaimana Gerakan Advent disesuaikan dengan perkhabaran malaikat per-tama dan penghakiman kepada pemberitaan mereka tentang kedatangan segera Kristus. Daniel 7:26, 27; 8:14; Kisah 17:30, 31 . “Kepada William Miller dan rakan-rakannya telah diberikan tugas untuk memberitakan amaran di Amerika. Negara ini menjadi pusat gerakan kedatangan Kristus yang agung. Di sinilah nubuatan perkhabaran malaikat pertama digenapi secara langsung. Tulisan Miller dan rakan-rakannya tersebar ke negeri-negeri yang jauh. Di mana saja para penginjil menjangkau ke seluruh dunia, di sanalah kabar gembira tentang kedatangan kembali Kristus yang segera. Sebarkan Injil kekal ke seluruh dunia: ‘Takutlah akan Allah dan muliakanlah Dia; kerana telah tiba saat penghakiman-Nya.’“Kesaksian dari nubuatan-nubuatan yang kelihatannya menunjuk kepada kedatangan Kristus pada musim semi tahun 1844 sangat mempengaruhi pikiran banyak orang. Ketika perkhabaran itu tersebar dari negeri ke negeri, banyak orang telah terbangkit perhatiannya dengan meluas di seluruh negeri itu. Banyak orang yang diyakinkan bahawa semua pendapat sejak zaman kenabian adalah benar, dan, dengan mengorbankan kesombongan pendapat mereka, mereka dengan sukacita menerima kebenaran itu. Sebahagian pendeta mengesampingkan pandangan dan perasaan fanatik (keterlaluan dalam pegangannya) mereka, meninggalkan gaji dan gereja mereka, dan bersatu dalam memberitakan kedatangan Yesus. Namun, hanya sedikit pendeta yang mahu menerima perkhabaran ini; kerana itu, tugas itu sebahagian besarnya dipercayakan kepada orang biasa yang rendah hati. . . . Keadaan gereja yang tidak beriman dan dunia yang terjerumus dalam kejahatan, membebani jiwa para penjaga sejati, dan mereka dengan rela menanggung susah payah, kekurangan, dan penderitaan, agar mereka dapat membawa manusia untuk bertobat dan memperoleh keselamatan. Walaupun ditentang oleh Setan, pekerjaan itu harus maju, dan kebenaran kedatangan Yesus diterima oleh ribuan orang.” —Ibid., p. 368.

3. MALAIKAT KEDUA SELASA , 9 JUN
a. Apakah yang malaikat kedua katakan tentang keadaan rohani gereja yang mengaku sebagai pengikut Kristus? Wahyu 14:8. “Apakah wain (minuman beralkohol) itu?—Ajaran-ajaran palsunya. Dia telah memberikan kepada dunia Sabat palsu sebagai pengganti hari Sabat dari hukum keempat, dan telah mengulangi penipuan yang pertama kali disampaikan Setan kepada Hawa di Eden—kekekalan semula jadi jiwa. Banyak kesalahan yang serupa dia telah sebarkan di banyak tempat, ‘ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia’ (Matius 15:9).” —Selected Messages, bk. 2, p. 1182.“Babilon telah menyemai ajaran yang beracun, dengan anggur (wain) kesesatan. Wain kessesatan ini terdiri daripada ajaran-ajaran palsu, seperti keabadian semula jadi jiwa, siksaan kekal bagi orang-orang jahat, penyangkalan terhadap keberadaan Kristus sebelum kelahiran-Nya di Betle-hem, dan menganjurkan serta meninggikan hari pertama dalam minggu di atas hari Tuhan yang ku-dus dan disucikan. Kesalahan-kesalahan ini dan yang serupa dengannya disampaikan kepada dunia oleh berbagai gereja, dan dengan demikian genaplah Kitab Suci yang mengatakan, ‘kerana semua bangsa telah minum dari anggur hawa nafsu cabulnya' ” —Testimonies to Ministers, pp. 61, 62. b. Jelaskan bagaimana para pengikut Gerakan Advent memahami kekecewaan pertama mereka, penemuan akhir sebenar 2300 hari, dan panggilan mereka untuk berpisah da-ripada mereka yang menolak perkhabaran itu. Habakuk 2:3; Matius 25:6. “Pada musim panas 1844, di tengah-tengah antara waktu yang pertama kali disangkakan ba-hawa 2300 hari itu akan berakhir, dan musim gugur tahun yang sama, yang kemudiannya diketahui bahawa perkhabaran itu disebarkan, dan diberitakan dengan kata-kata Kitab Suci sendiri: ‘Mempelai datang!,Songsonglah dia!’“Penyebab munculnya gerakan ini ialah penemuan bahawa dekrit (ketetapan) Artahsasta untuk pemulihan Yerusalem, yang menjadi titik permulaan tempoh 2300 hari, mulai berkuatkuasa (dil-aksanakan) pada musim gugur tahun 457 SM, dan bukan pada awal tahun, seperti yang diyakini sebelumnya. Jika dihitung dari musim gugur 457, 2300 tahun berakhir pada musim gugur 1844." —The Great Controversy, pp. 398, 399.“Kerana gereja-gereja menolak untuk menerima perkhabaran malaikat pertama, mereka menolak terang dari surga dan terlepas dari perkenan Tuhan. Mereka mengandalkan kekuatan mereka sendiri, dan dengan menentang pekhabaran pertama, mereka menempatkan diri mereka di mana mereka tidak dapat melihat terang pekhabaran malaikat kedua. Tetapi mereka yang dikasihi Allah, yang ditindas, menerima perkhabaran, ‘Sudah jatuh Babel,’ dan meninggalkan gereja-gereja.” —Early Writings, p. 237.

4. MALAIKAT KETIGA RABU , 10 JUN
a. Apakah amaran mengejutkan yang datang dari malaikat ketiga? Wahyu 14:9–11. “Ancaman yang paling menakutkan yang pernah ditujukan kepada manusia terkandung da-lam perkhabaran malaikat ketiga. Itu pasti dosa yang dahsyat yang mendatangkan murka Tuhan tanpa campuran belas kasihan. Manusia tidak seharusnya dibiarkan dalam kegelapan tentang perkara penting ini; amaran terhadap dosa ini harus diberikan kepada dunia sebelum tiba pengha-kiman Tuhan, supaya semua orang tahu mengapa mereka harus dihukum, dan berpeluang untuk melepaskan diri darinya. . . . Ia digambarkan dalam nubuatan sebagai seruan dengan suara yang nyaring, oleh malaikat yang terbang di tengah-tengah langit; dan ia akan menarik perhatian dunia.” —The Great Controversy, pp. 449, 450. b. Pada masa perkhabaran malaikat ketiga, bagaimanakah orang-orang kudus dibezakan? Wahyu 14:12. “Para penyembah Tuhan akan dibezakan secara khusus oleh penghormatan mereka terhadap hukum keempat, kerana ini adalah tanda kuasa penciptaan Tuhan dan saksi tuntutan-Nya atas penghormatan dan penghargaan manusia. . . . Dalam isu permasalahan konflik ini, seluruh umat Kris-tian akan terbahagi kepada dua golongan besar, iaitu mereka yang menuruti hukum-hukum Tuhan dan iman kepada Yesus, dan mereka yang menyembah binatang dan patungnya, dan menerima tandanya. Walaupun gereja dan negara akan menyatukan kuasa mereka untuk memaksa semua orang, ‘kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba,’ untuk menerima tanda binatang itu, namun umat Tuhan tidak mahu menerimanya. —Testimonies for the Church, vol. 9, pp. 16, 17. c. Bagaimanakah perkembangan perkhabaran malaikat ketiga digambarkan? Wahyu 7:2, 3. “Pada pertemuan yang diadakan di Dorchester, Mass., November, 1848, saya telah diberi pan-dangan tentang pemberitaan perkhabaran pemeteraian, dan kewajipan saudara-saudara untuk me-nyebarluaskan terang yang bersinar di jalan kita.“Setelah sedar dari penglihatan itu, saya berkata kepada suami saya: 'Saya mempunyai pesan untuk kamu. Kamu harus mula mencetak kertas kecil dan berikannya kepada orang-orang. Biarlah kecil pada mulanya; tetapi sementara mereka membacanya, mereka akan memberikan kamu sara-na untuk mencetak, dan itu akan menjadi sukses dari yang pertama. Dari permulaan yang kecil ini, telah ditunjukkan kepada saya sebagai sesuatu aliran terang yang menyinari dunia.’ ”—Life Sketches, p. 125.

5. PUNCAK PERKHABARAN KHAMIS , JUN 11
a. Bagaimanakah berkat yang diberitakan akan digenapi mengenai mereka yang mati da-lam iman ketika pengumuman pekabaran malaikat ketiga? Wahyu 14:13; Daniel 12:2. “Pada tengah malam itulah Tuhan memilih untuk menyelamatkan umat-Nya. Ketika orang-orang jahat mengejek di sekeliling mereka, tiba-tiba matahari muncul, bersinar dalam kekuatannya, dan bulan berhenti. Orang-orang jahat memandang peristiwa itu dengan takjub, se-mentara orang-orang kudus melihat dengan sukacita yang sungguh-sungguh tanda-tanda pembeba-san mereka. Tanda-tanda dan keajaiban terjadi berturut-turut dengan cepat. Segala sesuatu kelihatan berubah dari keadaan semula jadinya. Sungai-sungai berhenti mengalir. Awan gelap dan tebal naik dan bertembung antara satu sama lain. Namun ada satu tempat yang jelas, kemuliaan yang pasti, di sanalah kedengaran suara Tuhan seperti banyak air, menggoncang langit dan bumi. Terjadilah gempa bumi yang dahsyat. Kubur-kubur terbuka, dan mereka yang telah mati dalam iman di bawah perkhabaran malaikat ketiga, memelihara hari Sabat, bangkit dari tempat tidur mereka yang berdebu, dimuliakan, untuk mendengar perjanjian damai yang Tuhan akan buat dengan mereka yang telah menuruti hukum-Nya.” —Early Writings, p. 285. b. Apakah yang akan berlaku pada akhir perkhabaran tiga malaikat? Wahyu 14:14–16; Markus 4:26–29. “Saya melihat malaikat bergegas ke sana ke mari di syurga. Seorang malaikat dengan kotak dakwat (tinta) penulis di sisinya kembali dari bumi dan melaporkan kepada Yesus bahawa peker-jaannya telah selesai, dan orang-orang kudus telah dihitung dan dimeteraikan. Lalu saya melihat Ye-sus, yang sedang melayani di hadapan tabut yang berisi sepuluh hukum, melemparkan pedupaan itu. Dia mengangkat tangan-Nya, dan dengan suara nyaring berkata, ‘Sudah terlaksana.’ ” —Ibid., p. 279.

SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT 12 JUN
1. Mengapakah Tuhan menjadikan pemberitaan injil bergantung kepada perantara manu-sia? 2. Bagaimanakah perkhabaran malaikat pertama sampai ke seluruh dunia? 3. Jelaskan alasan bagi pemberian perkhabaran malaikat kedua. 4. Apakah perbezaan yang ditonjolkan oleh perkhabaran malaikat ketiga? 5. Apakah peristiwa yang akan berlaku selepas perkhabaran tiga malaikat itu selesai disampaikan?
 <<    >>