Back to top

Sabbath Bible Lessons

Kepentingan Nubuatan

 <<    >> 
Sabat, 16 Mei 2026 PELAJARAN 7
Buku Dimeterai Dibuka Kembali AYAT HAFALAN: “Lalu aku pergi kepada malaikat itu dan meminta kepadanya: "supaya ia memberikan gulungan kitab itu kepadaku. Katanya kepadaku,"Ambillah dan makanlah dia, Ia akan membuat perutmu terasa pahit, tetapi di dalam mulutmu ia akan terasa manis seperti madu." (Wahyu 10:9).
Cadangan Bacaan:   The Great Controversy, pp. 391–408
“Malaikat perkasa yang memberi petunjuk kepada Yohanes tidak kurang hebatnya daripada Yesus Kristus.” —The SDA Bible Commentary, vol. 7, p. 9717.

1. ORANG BIJAK AKAN BERSINAR AHAD , 10 MEI
a. Jelaskan percubaan dan kemenangan yang disingkapkan pada akhir penglihatan tera-khir Daniel. 12:1, 2. b. Bagaimanakah orang bijaksana akan dilihat berbeza dengan orang jahat pada hari itu? Daniel 12:3; Matius 13:41–43. “Jiwa yang bertobat hidup dalam Kristus. Kegelapannya lenyap, dan terang baru dan surgawi bersinar ke dalam jiwanya. ‘Siapa bijak, mengambil hati orang.’ ‘Dan mereka yang berhikmat akan bersinar seperti cahaya cakrawala; dan mereka yang menjadikan banyak orang kepada kebenaran seperti bintang selama-lamanya.’ Apa yang dilakukan melalui kerjasama manusia dengan Tuhan adalah pekerjaan yang tidak akan pernah binasa, tetapi bertahan sepanjang zaman kekekalan. Dia yang menjadikan Allah sebagai hikmatnya, yang bertumbuh menjadi manusia seutuhnya dalam Kristus Yesus, akan berdiri di hadapan raja-raja, di hadapan orang-orang yang disebut besar di dunia, dan menunjukkan pujian kepada Dia yang telah memanggil-Nya keluar dari kegelapan kepada ter-ang-Nya yang ajaib. Ilmu pengetahuan dan sastera tidak dapat membawa masuk ke dalam pikiran manusia yang gelap, terang yang diberikan oleh Injil kemuliaan Anak Allah. Hanya Anak Allah yang dapat melakukan pekerjaan besar untuk menerangi jiwa. Tidak hairan Paulus berseru, ‘Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, kerana Injil adalah kekuatan Allah yang me-nyelamatkan setiap orang yang percaya.’ Injil Kristus menjadi keperibadian dalam mereka yang percaya, dan menjadikan mereka sebagai surat-surat yang hidup, yang dapat dikenal dan dibaca oleh semua orang.” —Fundamentals of Christian Education, pp. 199, 200.

2. BUKU TERTUTUP ISNIN , 11 MEI
a. Apakah yang diperintahkan kepada Daniel untuk dilakukan sekarang? Daniel 12:4 (baha-gian pertama), 8, 9 (bahagian pertama). “Dihormati oleh orang-orang yang memikul tanggungjawab negara dan dengan rahsia kera-jaan-kerajaan yang berkuasa secara menyeluruh, Daniel dihormati oleh Tuhan sebagai duta-Nya, dan telah diberikan banyak ilham tentang misteri zaman yang akan datang. Nubuatan-nubuatannya yang menakjubkan, sebagaimana yang dicatatnya dalam pasal 7 hingga 12 dari kitab yang mem-bawa namanya, tidak difahami sepenuhnya bahkan oleh nabi itu sendiri; namun sebelum hidupnya berakhir, dia diberi jaminan yang diberkati bahawa ‘pada akhir zaman’—dalam tempoh penutupan sejarah dunia ini—dia akan kembali diizinkan untuk berdiri di tempatnya semula. Dia tidak diberikan kesempatan untuk memahami semua yang Tuhan telah nyatakan tentang tujuan ilahi. . . .“Sewaktu kita mendekati akhir penghujung sejarah dunia ini, nubuatan-nubuatan yang dicatat oleh Daniel menuntut perhatian khusus kita, kerana nubuatan-nubuatan itu berkaitan dengan masa yang kita jalani sekarang. Ajaran-ajaran kitab terakhir dari Kitab Perjanjian Baru harus dikaitkan dengan nubuatan itu.” —Prophets and Kings, p. 547. b. Apakah yang menunjukkan bahawa kata-kata malaikat itu menunjuk kepada misteri 2300 hari, dan bilakah misteri itu akan terungkap? Daniel 8:17; 12:4, 9 (bahagian tera-khir). “Nubuatan-nubuatan itu menyajikan serangkaian peristiwa yang mengarah kepada permulaan penghakiman. Ini terutama berlaku dalam kitab Daniel. Tetapi bahagian nubuatannya yang berkai-tan dengan hari-hari terakhir, Daniel diperintahkan untuk menutup dan memeteraikan ‘sampai akhir masa.’ Bukan sehingga kita mencapai pada masa ini barulah perkabaran penghakiman dapat diberitakan, berdasarkan penggenapan nubuatan-nubuatan ini. Tetapi pada akhir zaman, kata nabi, ‘banyak orang akan menyelidikinya, dan pengetahuan akan bertambah.’ Daniel 12:4. . . .“Sejak tahun 1798, kitab Daniel telah terbuka meterainya, pengetahuan tentang nubu-atan-nubuatan telah meningkat, dan banyak orang telah menyampaikan perkabaran yang serius tentang penghakiman sudah dekat.“Seperti Reformasi agung abad keenam belas, gerakan kedatangan Kristus muncul di negara-negara Kristian yang berbeza pada masa yang sama. Baik di Eropah maupun di Amerika, orang-orang yang percaya dan berdoa telah dipimpin untuk mempelajari nubuatan-nubuatan itu, dan, dengan menelusuri catatan yang diilhamkan, mereka melihat bukti yang meyakinkan bahwa akhir dari segala sesuatu sudah dekat. Di berbagai negeri yang berlainan terdapat kelompok-kelompok Kristian yang terasing, semata-mata melalui mempelajari Kitab Suci, akan sampai keyakinan bahawa kedatangan Juruselamat sudah dekat.” —The Great Controversy, pp. 356, 357.

3. AKHIR ZAMAN SELASA , 12 MEI
a. Ketika Daniel memerhati dan mendengar, apakah dekrit (ketetapan) serius yang menandakan tempoh masa menjelang akhir zaman ? Daniel 12:5–7. b. Dengan membandingkan bahagian-bahagian lain, identifikasi (ketahui) masa tempoh nu-buatan ini. Daniel 7:25; Wahyu 11:2, 3; 12:6, 14; 13:5. “Rasul Paulus memberi amaran kepada gereja supaya tidak mengharapkan kedatangan Kristus pada zamannya. ‘Sebab sebelum hari itu,’ katanya, ‘haruslah datang dahulu murtad, dan haruslah dinyatakan dahulu manusia durhaka.’ 2 Tesalonika 2:3. Bukan setelah kemurtadan besar, dan pada masa pemerintahan yang panjang ‘manusia durhaka,’ dapatkah kita menantikan kedatangan Tu-han kita. ‘Manusia durhaka,’ yang juga disebut sebagai ‘rahasia kedurhakaan,’ ‘anak durhaka,’ dan ‘orang jahat itu,’ melambangkan kekuasaan kepausan, yang, sebagaimana yang dinubuatkan da-lam nubuatan, akan mempertahankan keunggulannya selama 1260 tahun. Tempoh ini telah be-rakhir pada tahun 1798. Kedatangan Kristus tidak mungkin berlaku sebelum waktu itu. Paulus menyampaikan amarannya yang mencakup seluruh masa Kekristianan hingga tahun 1798. Inilah masanya perkabaran tentang kedatangan Kristus yang kedua akan diberitakan.” —The Great Con-troversy, p. 356. c. Bagaimanakah tempoh 1260 tahun digambarkan oleh malaikat? Daniel 12:10 (bahagian pertama). “Pada abad ketiga belas ditetapkan bahawa jentera kepausan yang paling dahsyat dari semua jentera kepausan--iaitu penyiasatan. Raja kegelapan bersekongkol dengan para pemimpin kekuasaan kepausan. Dalam mesyuarat rahasia mereka, Setan dan para malaikatnya menguasai fikiran orang-orang jahat, sementara yang tidak kelihatan di tengah-tengah berdiri satu malaikat Allah, mencatat peraturan-peraturan jahat mereka yang mengerikan dan menulis sejarah per-buatan-perbuatan yang terlalu mengerikan untuk dilihat oleh mata manusia. ‘Babel besar’ yang ‘ma-buk oleh darah orang-orang kudus.’ Tubuh-tubuh yang hancur dari jutaan orang terbunuh demi kebenaran (martir) berseru kepada Tuhan memohon pembalasan atas kuasa murtad itu. . . .“Keadaan dunia di bawah kekuasaan Rom menunjukkan penggenapan yang menakutkan dan menonjol dari kata-kata nabi Hosea. . . . ‘Sebab tidak ada kesetiaan, tidak ada kasih, dan tidak ada pengenalan akan Allah di negeri ini. Hanya mengutuk, berbohong, membunuh, mencuri, berzina, melakukan kekerasan, dan penumpahan darah menyusul penumpahan darah.’ Hosea 4:6, 1, 2. Demikianlah akibat dari penolakan firman Tuhan.” —Ibid., pp. 59, 60.

4. BUKU YANG TERBUKA RABU , 13 MEI
a. Perhatikan persamaan dengan Daniel 12:7, bagaimanakah nabi Yohanes melihat ter-bukanya penglihatan Daniel yang dimeteraikan? Wahyu 10:1, 2, 5, 6. “Malaikat perkasa yang memberi petunjuk kepada Yohanes tidak lain adalah Yesus Kristus. Dia menginjakkan kaki kanan-Nya di atas laut, dan kaki kiri-Nya di atas bumi, menunjukkan peranan yang sedang Ia lakukan dalam peristiwa penutupan pertentangan besar dengan Iblis. Kedudukan ini menunjukkan kekuasaan dan otoriti tertinggi-Nya ke atas seluruh bumi. . . .“Yohanes melihat kitab kecil itu terbuka meterainya. Kemudian nubuatan-nubuatan Daniel mempunyai tempat yang tepat dalam pekabaran malaikat pertama, kedua, dan ketiga yang akan diberikan kepada dunia. Terbukanya meterai kitab kecil itu adalah perkabaran yang berkaitan dengan masa. . . .“Masa ini, yang dinyatakan oleh malaikat dengan sumpah yang sungguh-sungguh, bukanlah akhir dari sejarah dunia ini, bukan juga masa percobaan, tetapi tentang masa nubuatan, yang seha-rusnya mendahului kedatangan Tuhan kita. Iaitu, orang-orang tidak akan menerima perkabaran lain pada masa yang pasti. Selepas tempoh masa ini, hingga . . . ke tahun 1844, tidak ada pengesanan pasti tentang masa nubuatan. Kiraan terpanjang mencapai musim gugur tahun 1844.“Kedudukan malaikat, dengan satu kaki di laut, yang kaki lainnya di bumi, menandakan lu-asnya jangkauan penyebaran perkabaran. Perkabaran akan melintasi lautan luas dan diberitakan di negara-negara lain, bahkan ke seluruh dunia.” —The SDA Bible Commentary, vol. 7, p. 9717. b. Jelaskan bagaimana pengalaman Yohanes dalam penglihatan memakan kitab kecil itu adalah selari dengan pengalaman gerakan Advent pada tahun 1840-an. Wahyu 10:9–11. “Pemahaman akan kebenaran, penerimaan perkabaran sukacita, adalah digambarkan dalam memakan kitab kecil itu. Kebenaran mengenai masa kedatangan Tuhan kita adalah perkabaran yang berharga bagi jiwa kita.” —Ibid.“Masa penantian telah berlalu, dan Kristus tidak datang untuk membebaskan umat-Nya. Mere-ka yang dengan iman dan kasih yang tulus telah menantikan Juruselamat mereka, mengalami kekecewaan yang pahit. Namun tujuan Tuhan sedang dilaksanakan; Dia sedang menguji hati orang-orang yang mengaku menunggu kedatangan-Nya. . . .“Tetapi Yesus dan seluruh bala tentera syurga memandang dengan kasih dan simpati kepada mereka yang diuji dan setia namun kecewa. Seandainya tabir yang memisahkan dunia yang kelihatan dari dunia yang tidak kelihatan telah disingkirkan, para malaikat akan terlihat mendekati jiwa-jiwa yang teguh ini dan melindungi mereka dari serangan Setan.” —The Great Controversy, p. 374.

5. ANTARA YANG BIJAKSANA KHAMIS , 14 MEI
a. Bagaimanakah Daniel digambarkan oleh Yehezkiel, salah seorang yang sezamannya? Yehezkiel 14:14. b. Bagaimanakah kita dapat termasuk di antara orang-orang yang bijaksana seperti Daniel? Daniel 12:10 (bahagian akhir); Amsal 9:10; Matius 7:24, 25. “Pada ‘Waktu kesesakan yang besar, yang belum pernah terjadi sebelumnya,’ akan segera da-tang kepada kita; dan kita akan memerlukan pengalaman yang tidak kita miliki sekarang dan yang banyak orang terlalu malas untuk mendapatkannya. Seringkali, masalah kelihatan lebih besar dalam jangkaan daripada secara realiti; tetapi ini tidak benar tentang krisis yang kita hadapi. Penyampaian yang paling jelas tidak dapat menggambarkan besarnya cobaan itu. Pada masa pencobaan itu, setiap jiwa harus berdiri sendiri di hadapan Tuhan. ‘Biarpun Nuh, Daniel, dan Ayub’ berada di tengah-tengahnya, ‘demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, mereka tidak akan menyelamatkan baik anak laki-laki maupun anak perempuan; melainkan mereka akan menyelamatkan hanya nyawanya sendiri kerana kebenaran mereka. ’ Yehezkiel 14:20.“Sekarang, sementara Imam Besar kita yang agung sedang melakukan penebusan bagi kita, kita harus berusaha untuk menjadi sempurna dalam Kristus. Bahkan dengan pemikiran sekalipun, Juruselamat kita tidak dapat digoda untuk menyerah kepada kuasa godaan. Setan mendapati suatu titik kelemahan dalam hati manusia di mana dia dapat memperolehi tumpuan; beberapa keinginan berdosa dihargai, yang melalui godaan-godaan itu menyatakan kuasanya. Tetapi Kristus menyatakan tentang diri-Nya: ‘Penguasa dunia ini datang, dan ia tidak berkuasa sedikit pun atas diri-Ku.’ Yohanes 14:30. Setan tidak menemukan apa pun dalam diri Anak Allah yang dapat membantunya memperoleh kemenangan. Dia telah mematuhi hukum-hukum Bapa-Nya, dan tiada dosa di dalam Dia yang dapat dimanfaatkan oleh Setan. Inilah keadaan di mana mereka harus ditemukan berdiri teguh pada masa kesusahan." —The Great Controversy, pp. 622, 623. c. Bagaimanakah malaikat itu akhirnya membiarkan Daniel pergi? Daniel 12:13.

SOALAN-SOALAN SEMAKAN PERIBADI JUMAAT , 15 MEI
1. Bilakah kebangkitan yang disebutkan dalam Daniel 12:2 akan berlaku? 2. Apakah yang berlaku sehingga nubuatan Daniel digenapi? 3. Apakah peristiwa yang menandakan permulaan akhir zaman? 4. Apakah nubuatan yang mengungkapkan permulaan kitab Daniel? 5. Bagaimana saya dapat yakin bahawa saya termasuk di antara orang-orang bijaksana?
 <<    >>